Labels

Wednesday, 28 February 2018

Pinjaman

Untuk satu kata
They're my brothers not by blood
Aku menyayangi mereka dengan erti kata sebenar-benar sayang
Aku meletak kepercayaan aku sepenuhnya pada mereka
Hingga jika mereka menipu aku sekalipun
Aku mampu percaya dan telan bulat-bulat
Marah tu memang laa marah
Tapi sayang itu lebih dari marah

Kerana melalui mereka
Aku kenal erti gembira
Aku kenal erti sosial
Aku kenal erti kawan
Aku belajar tentang dunia luar selain diri aku

Ketawa, menangis, marah, benci, sayang, rindu
Segala emosi tercurah dari mereka dan untuk mereka
Aku fikir mereka hadiah dari Tuhan untuk aku belajar tentang hidup dunia
Tapi mereka cuma pinjaman

Aku hargai mereka
Kerana pada zaman ini
Untuk bertemu kawan yang masih ingat Tuhan
Yang mampu ingatkan aku tentang Tuhan itu susah benar
Kerana itu aku hargai mereka
Mereka pinjaman terindah dalam hidup aku
Tak mungkin aku lupa sampai bila-bila

No comments:

Post a Comment