Bagai bintang dingin menjauh
Aku terjumpa kata-kata ini di dalam satu lirik
Dan ingatan aku terus menembus ke wajah engkau
Engkau yang ingin aku lupakan
Tapi masih lagi aku mendengar nama kau
Masih lagi aku terbayang tentang engkau
Aku hampir berjaya melupakan engkau
Tapi aku kalah bila nama engkau muncul lagi
Aku masih menangis bilamana nama engkau muncul lagi
Kerana aku tahu
Sejauh mana aku memandang wajah engkau di hadapan aku
Kau tak akan menoleh kembali memandang aku
Walaupun ianya bukan secara nyata
Tunggu
Tunggu hingga aku pergi
Tunggu hingga aku ada peluang untuk pergi
Mungkin saat itu aku mampu untuk melupakan engkau secara sempurna
Dimana aku mungkin tidak mendengar atau melihat tentang engkau lagi
Mungkin saat itu
Aku mampu untuk memadam seluruh ingatan tentang engkau
Sekalipun perkataan bintang itu timbul
Ia hanyalah perkataan yang merujuk tentang bintang
Bukan lagi tentang engkau..
No comments:
Post a Comment