Labels

Tuesday, 14 April 2026

Overhaul

Pada usia genap 30tahun
Masuk 3 series
Terlalu besar overhaul dalam hidup berlaku
Hilang kerjaya
Hilang kawan
Hilang orang yang paling dipercayai
Ujian bertimpa2

Tapi satu je
Aku yakin Allah dah rancang perkara yang terbaik untuk aku
Pasti ada hikmah atas semua ni terjadi

Aku minta Allah asingkan aku dari manusia
Aku minta Allah guide aku
Tarik aku kepada Dia
Mungkin ini nilai ujian yang aku harus hadap untuk redha Dia
Sebab segala apa yg ada di dunia ni hanya ujian semata..

I did not grieve
Jujur aku rasa tenang
Sebab Allah keluarkan aku dr tempat yang melalaikan aku dr ingat Dia
Kalau aku nak keluar sendiri, mgkn susah sbb aku fikirkan boss aku.
Tapi Allah jadikan dia asbab untuk aku keluar dr situ.. supaya aku btul2 firm melangkah keluar dr situ..

Aku tak rasa putus asa dgn Rahmat Allah walaupun aku sendiri tak tau masa depan aku mcm mana lepas ni.. sebab tu aku tenang je.. sebab aku percaya konsep tawakal, dan keputusan yang aku buat ni kerana Allah.. aku tinggalkan kerjaya aku kerana aku nak balik kepada Allah, aku bunuh hubungan aku dgn boss aku, org yg plg aku percaya, sbb aku nak pulang kepada Allah.. untuk waktu2 akhir zaman ni, hati aku merintih untuk minta Allah asingkan aku dari masyarakat yang menakutkan ni.. hati aku berharap aku dpt buat seperti mana Rabiatul Adawiyah lakukan, seperti mana kisah Al-Kahfi yg diceritakan Allah dan juga ayat Nabi Yusuf bermain dlm fikiran aku whc is "penjara lagi suka berbanding kehidupan dunia ni"

Sungguh Ya Allah.. tolong guide aku.. tenangkan hati aku dalam keputusan ini..

Tuesday, 18 November 2025

Tiga Pagi

Kadang luka yang paling dalam itu kita tanam jauh ke dalam dasar hati agar kita tepu untuk merasa sakit itu lagi..
Biar terasa seperti tak pernah wujud kisah itu dibenamkan hanya jadi mimpi..
Tapi memori yang disebut kenangan itu sering mengkhianati..
Tidak jelas namun kadang dipercik berkali kali..
Hingga menjadi tompokan harfiah keluar dari sanubari..
Flashback itu datang lagi dan lagi..
Seolah tak mahu mengerti..
Yang kenangan itu sepatutnya cuma mimpi..
Hujan..
Masih aku mencicip kopi jam 3pagi
Sambil mendengar lagu Bunga Abadi
Berteman segala sisa memori
Nyata otak manusia tidak mendelete
Hebat sungguh kuasa Ilahi
Moga ia tidak lagi menyakiti

Thursday, 11 September 2025

Pelukan

You know what
Cinta Allah tu memang indah
Cemburunya jelas dan nyata 
seperti hukum izhar
Bila ada manusia yang disayang
Diletak dalam hati
Dia tahu aku akan obses dan beri segala
Maka Dia akan beri peluang untuk aku lepaskan
Atau Dia yang akan buang mereka pergi

You know what
Cinta Allah tu memang indah
Dia buang mereka pergi
Untuk aku faham
Manusia dan dunia ini
Sifatnya sementara
Bukan tempat untuk aku bersandar
Mengharap kasih yang bukan sempurna
Bukan selamanya

You know what
Cinta Allah tu memang indah
Bila semua manusia pergi
Hati aku kembali tenang
Rasa mcm dipeluk satu semangat
Rasa dikelilingi pelangi
Rasa bahagia

You know what
Cinta Allah tu memang indah
Hanya untuk Dia
Dan milik Dia

Friday, 1 August 2025

Kopi

Dari kopi, kau belajar meraikan perbezaan pendapat..

Dari asal kopi, jenis biji kopi serta cara prosesnya, melahirkan rasa, warna, bau dan notes yang berbeza..

Dari kopi juga kau belajar tentang kepelbagaian minuman yang dihasilkan sama ada dari espresso, cold brew atau kopi kampung melahirkan jenis minuman yang berbeza menjadi latte, cappuccino dan sebagainya.

Dari kopi juga kau belajar menerima nilai pandangan dan rasa manusia.. ada yang mahu tanpa gula demi menikmati rasa kopi sebenar.. ada pula yang mahu dengan gula demi menambah sedikit kemanisan dalam hidup.. ada memilih susu segar, malah ada yang mahu susu oat atau susu badam dan sebagainya..

Ada yang memilih kopi untuk kelangsungan hidup demi menegakkan siang, ada yang mencari kopi demi mencari damai dari sebuah ketagihan, ada yang mahu kopi sekadar membuang rasa mengantuk..

Kopi..
Tujuan kita semua mungkin berbeza..
Cara hidang mungkin tak sama..
Tapi kita semua tahu bahawa kopi itu untuk dinikmati kerana fleksibiliti..
Tak perlu bergaduh kopi ada gula tanpa gula..
Kerana setiap manusia itu dilahirkan berbeza..
Begitulah kita perlu belajar meraikan perbezaan pendapat demi meraih keharmonian bersama..

Friday, 4 July 2025

Takdir

Cinta dan takdir itu juga satu rezeki.. 
Bukan semua orang bisa nikmati..

Ettirq Cresc
July 04,2025

Tuesday, 17 June 2025

Tenggelam

Tenggelam
Aku tenggelam dalam sepi
Sepi yang menggigit segenap jantung hati

Aku tenggelam
Lemas tak mampu bernafas
Meski udara memenuhi segenap ruang paru-paru

Aku tenggelam
Seorang
Walau di tengah ramai

Aku tenggelam
Cuba menggapai permukaan 
Tapi masih ke dasar
Mahu meminta tolong
Tapi aku tak punya sesiapa

Tenggelam
Aku tenggelam

Ettirq Cresc
June 17,2025

Friday, 28 March 2025

Numb

Jujurnya
Aku ini sudah mati rasa
Tiada apa yang mengujakan
Untuk hari-hari yang aku jalani
Hanya sekadar satu masa yang berlalu

Gembira
Sedih
Marah
Semua tu aku rasa kebas dalam hati
Hanya memberitahu otak
Aku sedang marah ni
Tapi tiada reaksi
Aku rasa gembira ni
Tapi sekadar senyum tipis

Aku ini orang yang sudah mati rasa
Hanya menanti detik bertemu Sang Pencipta
Berharap berakhir bahagia
Ketika ajal memjemput tiba
Sebab hanya memuja Dia
Dan mengharapkan Dia redha