Labels

Friday, 1 August 2025

Kopi

Dari kopi, kau belajar meraikan perbezaan pendapat..

Dari asal kopi, jenis biji kopi serta cara prosesnya, melahirkan rasa, warna, bau dan notes yang berbeza..

Dari kopi juga kau belajar tentang kepelbagaian minuman yang dihasilkan sama ada dari espresso, cold brew atau kopi kampung melahirkan jenis minuman yang berbeza menjadi latte, cappuccino dan sebagainya.

Dari kopi juga kau belajar menerima nilai pandangan dan rasa manusia.. ada yang mahu tanpa gula demi menikmati rasa kopi sebenar.. ada pula yang mahu dengan gula demi menambah sedikit kemanisan dalam hidup.. ada memilih susu segar, malah ada yang mahu susu oat atau susu badam dan sebagainya..

Ada yang memilih kopi untuk kelangsungan hidup demi menegakkan siang, ada yang mencari kopi demi mencari damai dari sebuah ketagihan, ada yang mahu kopi sekadar membuang rasa mengantuk..

Kopi..
Tujuan kita semua mungkin berbeza..
Cara hidang mungkin tak sama..
Tapi kita semua tahu bahawa kopi itu untuk dinikmati kerana fleksibiliti..
Tak perlu bergaduh kopi ada gula tanpa gula..
Kerana setiap manusia itu dilahirkan berbeza..
Begitulah kita perlu belajar meraikan perbezaan pendapat demi meraih keharmonian bersama..

No comments:

Post a Comment