Labels

Thursday, 1 March 2018

Sakura Indigo

Dia kata dia nak jadi doktor..
Sekarang mungkin dia da mula kerja sebagai doktor..

Dia kata dia nak kawen masa umur 25..
Sekarang mungkin dia da kawen atau da prepare untuk kawen..

Dia kata dia tak boleh hidup tanpa aku..
Sekarang dia bahagia hidup dengan orang lain..

Dia menangis untuk aku, kerana aku..
Sekarang dia tersenyum disamping orang lain..

Dia tinggi.. 172cm.. Aku kene dongak bila pandang dia..
Saiz kasut dia 9..
Dia suka warna ungu..
Dia suka makan tomyam, kailan ikan masin dengan telur bungkus..
Kulit dia putih.. Buat aku cemburu..
Dia pakai cermin mata.. Kalau dia tak pakai, dia tak nampak aku walaupun aku depan dia..
Dia cakap dia suka tengok aku senyum.. Masa tu aku tak cantik, kulit aku gelap.. Tapi dia masih suka tengok aku..
Dulu aku selalu curi-curi pandang dia dari tepi atau dari imbasan cermin.. Sebab aku malu nak pandang dia depan-depan..

Dia selalu komplen aku kata lapar tapi tak pernah habiskan makanan.. Masa tu aku kurus, perut aku kecik, aku makan tak banyak..
Dia puji kuku aku, dia kata kuku aku cantik..

Tapi dia pergi..
Tiba-tiba..
Mungkin salah aku..
Sebab tak hargai dia..
Tak tahu cara hargai dia..
He did so much for me..
But I was too young to realize.. Too dumb.. Mcm lirik lagu Bruno Mars tu..
Aku sayang dia.. Sepenuh hati..
Dan kerana itu, luka selepas dia pergi tu terlalu dalam untuk pulih.. Separuh nyawa aku pertahankan rasa sayang aku pada dia.. Sebab tu aku hilang diri aku kerana dia untuk tiga tahun pertama selepas dia pergi.. Aku seperti manusia berjasad tiada nyawa.. Bernafas hanya untuk hidup sementara dunia aku hanya berwarna kelabu..

Lepas tu aku belajar hargai manusia.. Tapi masih aku terluka.. Mereka melukakan aku.. Kenapa aku yang harus menghargai sedang mereka tidak ambil peduli..
Dan selepas tujuh tahun dia pergi..
Masih aku belum mampu lupakan dia..
Terutama bila aku perlukan medium untuk dipersalahkan tentang jodoh.. Haha.. Bila aku cuba mencari atau menerima seseorang dalam hidup dan gagal.. Aku guna dia sebagai medium untuk dipersalahkan..

Kenapa dia tinggalkan aku..
Kenapa dia tak beri aku peluang kedua..
Kenapa dia tak nak dengar suara aku masa tu..
Kenapa dia boleh lupakan aku sedangkan aku.. Aku rasa macam kene punishment.. Bila mana aku berjanji yang aku cuma sayang dia seorang je dulu.. Sampai bila-bila dan takde orang yang boleh ganti dia dalam hati aku.. Tapi kenapa hanya aku yang masih terikat dengan janji tu?? Kenapa aku sorang je yang terima punishment tu sedangkan dia pun turut berjanji.. Bukan sebuah perjanjian itu jadi lengkap dengan adanya dua pihak ke??

Aku tak salahkan dia..
Sebab aku tau dia pun terluka.. Dia terpaksa.. Mungkin..
Aku sendiri tak pasti..
Betul la kata orang, first love never works out..
Dulu setiap hari aku berharap dia akan datang kembali..
Tapi sekarang aku sedar itu cuma mimpi..
Mungkin da memang takdir aku untuk hidup sendiri..
Manusia pelik macam aku kan.. Sape je yang sudi terima..
Mungkin memang betul aku alien dari planet marikh..
Yang dibuang ke bumi atas hukuman mandatori..
Atau mungkin juga bangsa marikh terakhir yang sempat mendarat ke bumi sebelum marikh dilanda malapetaka yang menjadikan ia tandus..
Entahlahh....

No comments:

Post a Comment