Susahnya nak faham manusia ni..
Bila kita baik, dia pijak kita.. Ambil kesempatan.. Kemudian kalau berlainan jantina dia akan rasa kita suka pada dia..
Susahnya nak faham manusia ni..
Mereka lebih suka bercakap dibelakang berbanding berkata-kata didepan.. Bila kita dijadikan medium, kita pula menjadi pesalah..
Susahnya nak faham manusia ni..
Dia bagi harapan, dan kemudian bila kita percaya, dia kata kita yang perasan, kita yang tak malu punya perasaan begitu.. Kemudian bila kita dah mula melangkah, dia datang semula meminta harapan dari kita..
Susahnya nak faham manusia ni..
Bila kita layan mereka seperti mana cara mereka layan kita, they get offended dan kata kita tiada kesedaran sivik..
Susahnya nak faham manusia ni..
Bila kita tidak ikut norma manusia, dia pandang kita pelik.. Dia pandang kita hina..
Susahnya nak faham manusia ni..
Bila kita buat perkara yang betul, kita dipersalahkan.. Sedang mereka lakukan cara yang salah tapi itu kebiasaan..
Susahnya nak faham manusia ni..
Bila kita jujur, kita bagitahu perkara sebenar. Mereka akan anggap kita tak boleh dipercayai.. Dan bila mereka tidak memberitahu perkara sebenar dan buat kita keliru, kita dipersalahkan kembali..
Susahnya nak faham manusia ni..
Mungkin memang aku yang pelik seperti kata mereka.. Sukar nak fahami mereka.. Maka mereka dengan mudah melabel aku pelik hanya kerana aku tidak faham norma manusia.. Mungkin sebab itu aku takde kawan di mukabumi ini..
Haih..
Susahnya jadi alien yang dihukum untuk menetap dibumi.. Susahnya mahu berkomunikasi dengan mereka.. Sesat dalam ramai.. Kemudian lemas sendiri..
No comments:
Post a Comment