Untuk kali ini
Aku berhenti melangkah ke arah engkau
Bukan kerana aku telah lelah
Tidak
Bukan kerana aku penat
Bukan
Bukan sama sekali
Tapi
Harus aku beri engkau ruang
Harus aku beri engkau bebas
Harus aku beri engkau bahagia
Dan
Andai bahagia engkau itu wujud dengan tiadanya aku
Maka aku berhenti dari melangkah ke arah engkau
Untuk kau kembali senyum
Untuk kau kecap bahagia
Sayang aku mungkin seperti pasir di pantai
Tapi bahagia engkau mungkin seperti ombak yang perlu merentas lautan
Bukan hanya terdampar untuk pesisir pantai
Kembali aku mendayung
Mungkin bukan perhentian ini
Untuk aku lepaskan lelah
Dan hujan ini tak selamanya memukul gelombang
Mungkin tengah lautan itu lebih baik dari pesisir pantai
Serasi tiada untuk aku berlabuh
No comments:
Post a Comment