Mata Afiq bening membaca surat yang berada di tangannya. Itu surat Alya, dia baru menandatangani surat ini yang kemudian dihulur kepada Afiq.
Riak muka dikawal tanpa emosi bagi menyembunyikan mata yang hampir berkaca itu. Seminggu. Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum Alya akan pergi. Alya juga akan pergi seperti Ainaa.
Afiq cuba hadam situasi itu.
"Bila ni? Seminggu lagi? Kau sambung belajar kat mana Lya?" Afiq bertanya tenang walaupun emosinya bercampur baur.
"Kau jangan bagitau sesape pulak. Aku ikut abang aku pergi Dubai. Kat sana nanti aku belajar sambil buat part time. Aku bagi notis ni dulu, senang owner rumah ni nak cari penyewa sebelum aku pergi," jawab Alya jujur.
Afiq mengangguk perlahan seraya memulangkan notis tersebut kepada Lya. Dia hanya diam. Benaknya terlalu kosong tetapi serabut.
"Cepatnya, kenapa tiba-tiba?" Afiq akhirnya mendapat ayat untuk menyambung bicara.
"Takdelah cepat, lama dah aku rancang. Ni baru ada kesempatan. Kebetulan abang aku pun balik sini bercuti, jadi aku ikutlah dia balik sana lepas dia abes cuti," jelas Alya.
"Ouh, jaga diri bebaik kat sana nanti." cuma itu yang mampu Afiq pesan.
Sepanjang petang itu dia hanya termenung menghadap kolam renang apartment sambil menghirup Cappuccino McCafe. Seorang demi seorang kawannya pergi. Menghilang. Dan rasa kosong yang dia alami selepas pemergian Ainaa bertambah sunyi apabila Alya menurut jejak langkah Ainaa.
Dia menghela nafas. Mungkin sudah tiba masa untuk dia kembali sendiri tanpa kawan-kawan. Kembali menjadi diri sendiri.
No comments:
Post a Comment