Masih ada
Sedikit tunas pada benih itu
Masih ada
Titis embun terakhir pada malam dingin itu
Masih ada
Sedikit cahaya dibalik awan itu
Masih ada
Kemanisan pada titis hujan itu
Dan aku
Masih mahu terus berharap pada Tuhan
Masih enggan berputus asa pada Dia
Masih mahu menggenggam doa untuk dipersembah pada Dia
Moga setiap airmata yang menitis ini
Akan dibalas dengan bahagia
Terima kasih Allah
Untuk sedikit harapan ini lagi..
Moga cukup untuk aku bernafas
Sementara menunggu hikmah yang akan Kau berikan..
No comments:
Post a Comment