Labels

Sunday, 21 January 2018

Kau Pergi

KAU PERGI

Orang tua selalu mengatakan bahawa cinta itu buta? Benarkah? Ya, ini mungkin gila kerana cinta tiada mata, tetapi itulah hakikatnya. Kali pertama Isma Nur Ilya merasakannya ketika dia berada di tingkatan dua. Hmm, cinta monyet namanya. Tapi peristiwa yang dibawa dari saat itu masih terpahat kuat di dalam mindanya. Almaklumlah, kali pertama seseorang meluahkan rasa hati kepadanya, terasa kelakar bila difikirkan mimik mukanya yang terkejut. Haha...

Dia mempercepatkan langkahnya dengan keringat menitis di pipi ibarat petani berhempas pulas di sawah bendang, Isma takut akan ditahan di tapak perhimpunan. Hari ini merupakan hari ketiga dia lewat ke sekolah dan masih terngiang lagi di telinganya amaran dan sindiran pengawas semalam.

“Orang lain pun frust bercinta juga tapi tak adalah sampai kena tahan kat sini. Sekali lagi lewat, aku catat nama kau dalam kad kuning, mengerti?!!”

Memang menyakitkan telinga tapi sengaja ditulikannya. Entah dari mana pengawas itu mengetahui punca masalahnya, dia sendiri tidak tahu. Berada dalam tingkatan empat, tidak mustahil dia dikenali pihak-pihak tertentu. Tambahan pula Isma merupakan Presiden Persatuan Bahasa Melayu. Dalam langkah yang cepat itu, sempat mindanya singgah ke memori tatkala bersama-sama William dahulu.

Mereka berkawan sejak darjah enam lagi. Ketika itu, pelajar lelaki tersebut hanyalah samseng jalanan yang selalu tuang kelas.

“Aku pelik, bagaimana seorang samseng jalanan boleh berada di kelas pertama dan duduk sebelah aku walaupun dia selalu tuang kelas?

Tetapi, bila difikirkan ada logiknya kerana markah peperiksaannya lebih tinggi dari markahku. Paling membencikan, dia selalu membuli aku!” itulah omongan pertama Isma terhadap William. Satu hari mereka telah berperang besar. Emm, rasanya perang tersebut mengalahkan perang Israel dan Palestin mungkin. Hehe, mungkin taklah seteruk itu.

Siapa tak bengang bila nak balik sekolah, tayar basikal pancit? Siapa-siapa pun akan sakit hati, kan? Dan bila Isma ternampak paku tekan di tayar basikal, seorang pelajar lelaki mentertawakannya. Pelajar lelaki? Siapa dia? Dialah orang yang dimaksudkan Isma.

Namanya William. Hah, William nilah yang selalu buli Isma tapi jangan sangka dia perempuan dia mudah dibuli. Setakat ini, cuma Isma sahaja yang bercakap dan bergaduh dengan William sebab William tak pernah menegur seorang pun pelajar 6 Amanah mahupun warga sekolah itu.

Satu hari, masa balik sekolah, Isma ternampak William bergaduh di belakang sebuah bangunan lama. Ketika itu ada seseorang ingin menumbuk William dari belakang, Isma cuba menghalang orang itu. Hmm, jangan main-main, Isma ada tali pinggang hitam dalam tae-kwan do tahu? Tapi, belum sempat dia nak melawan balik, William menarik tangannya dan membawanya lari dari situ.

“Kau dah gila ke? Kau nak mati bergaduh dengan samseng tu?”
 
“Aku tak gilalah, kalau aku tak buat macam tu dah lama kau mati kena hentam tau tak?” bentak Isma.

Saat itu, William menghayunkan tangan ingin menampar Isma, tapi kemudian perlahan-lahan tangannya diturunkan dan mukanya kelihatan keruh.

“Aku cuma tak nak kau jadi macam kakak aku. Perangai kau dan perbuatan kau tadi sama macam dia,” William berkata lemah dengan muka sedih.

“Dulu, sebab nak selamatkan aku dari kena pukul dengan samseng, dia meninggal dunia. Masa itu, aku baru darjah tiga, belum sekolah di sini lagi. Lepas kejadian itu, barulah keluarga aku pindah ke sini dan perangai aku pun berubah.

Aku cuma ingin memprotes dengan apa yang terjadi, aku nak balas dendam. Mak dengan ayah aku tak pernah pedulikan kami berdua, dan sekarang tinggal aku seorang sebab kakak aku dah tak ada lagi. Aku tak ada sesiapa pun,” kata William penuh sayu telah menyentuh hati Isma.

“Tapi kau masih ada aku.”

Entah kenapa perkataan itu meluncur dari bibirnya. Lembut seperti naluri seorang gadis. Mungkin dia tidak menyangka rupa-rupanya William jadi begini kerana masalah keluarganya.

William tersenyum seraya berkata “Kau ni sebenarnya lembut juga ya? Tak adalah keras sangat macam orang lain tengok.”

Isma cuma tersenyum mendengar kata-katanya. Sejak hari itu, mereka menjadi akrab dan belajar bersama-sama hingga keputusan UPSR mereka memang membanggakan.

Malangnya, di saat Isma mula kecapi kebahagian yang baru berputik itu, William telah berhijrah ke luar negara. Hal yang demikian membuatkan Isma menjadi seorang yang muram dan perangai rudenya semakin menjadi-jadi.

Mungkin betul orang kata, cinta pertama itu menyakitkan. Hehe, tapi cinta ke tu? Baru setahun popcorn nak berbicara soal cinta, cewah. Sejak saat itulah dia mula membenci lelaki. Baginya semuanya tiada makna, tak berguna.

Tingg!!

Tin di tepi jalan ditendang Isma secara tak sengaja itu berdenting sekaligus menyebabkan kucing yang berhampiran dengannya bertempiaran lari. Mindanya kembali melayang pada kenangan silam semula sementelah mentertawakan kucing tersebut.

Ketika tingkatan dua, pulang dari Saint David High School, Isma dikhabarkan mendapat tawaran sekolah berasrama penuh. Penuh kehairanan dia bertanya kepada papa tentang kemasukan tingkatan dua tiada dalam sejarah! Papanya menerangkan bahawa beliau telah memohon untuk kemasukan khas, encik Zahari mahu anaknya berdikari.

Seharian Isma bermogok kerana tidak mahu berpindah sekolah, baginya SDHS adalah segala-galanya. Sementelah menahan lapar sehari suntuk, akhirnya keputusan Isma diterima tetapi dengan syarat dia berubah sikap.

Sedang dia leka merenung bulan dan bintang sambil dibuai angin malam, Puan Safia menyuruhnya menjawab panggilan dari orang yang tak dikenali. Dengan tak disangka, orang tersebut ialah William. Jejaka kacukan Cina-Australia yang amat dirinduinya. William telah kembali ke Malaysia, membuatkan hati Isma berbunga gembira.

Lebih dua tahun mereka berbual setiap malam melalui telefon bimbit. Pelbagai cerita ingin dikongsi, dan terkadang mereka hanya berbual kosong.

Sayangnya Isma tak dapat melihat wajah yang dirinduinya itu kerana jarak dan masa membataskan mereka.

Tint tint!!!

Hon lori dari belakang menghentikan lamunan Isma. Dia tidak sedar dia telah berada di tengah jalan. Kemudian fikirannya terus menerawang pada perbualan terakhir mereka sebelum William mematikan talian.

“Aku nak kau berubah, jadi seorang perempuan yang sopan santun sebab aku... a.. aku... aku sayangkan kau. Aku harap kau tak marah lepas dengar semua ini,” kata William dalam keadaan serba-salah.

Isma terdiam sejenak dan menarik nafas panjang menggigil kerana tidak percaya dengan ayat yang meluncur dari mulut William.

“Apa kau cakap? Kau biar betul? Kau berguraukan? Kau maksudkannya?” dia bertanya seakan bergurau.

“Err, ah, lupakan saja. Jangan difikirkan lagi. Lagipun, aku dah nak pergi,” balasnya dan kemudian talian terputus belum pun sempat Isma bertanya ke mana ingin dia pergi.

“Huh!”

Isma melepaskan keluhannya. Panas mentari yang sudah mula memancar bagai membakar dirinya yang sedang menapak ke sekolah.

“Sengal betul! Kalau aku tahu maksud dia nak pergi masa tu...” dia melepaskan keluhan sambil mengesat air mata yang berambaian di pipinya.

Sejak perbualan terakhir itu Isma tidak lagi berhubung dengan William, dia cuma berhubung dengan kawan baik William, David untuk mengetahui perkembangan William. Sebulan kemudian, Isma mendapat SMS daripada David menyatakan William ditahan wad.

Hatinya pedih menerima tamparan itu tetapi dia mempersendakan David kerana menyangka David hanya bergurau. Tatkala itu Isma dimarahi David.

“Kau ni berhati perut ke tak? Kau buta ke apa? Kau tahu makna cinta? Aku rasa, orang macam kau ni memang tak tahu apa-apa pun!

Kau orang pertama yang dia sayang dan setia pada kau sampai sekarang hingga tak mahu melukakan kau. Tapi aku rasa itu tak memberi apa-apa makna pun pada kau. Sekarang dia tengah berjuang untuk hidup disebabkan kau, tapi kau masih boleh ketawakan dia?”.

Isma terdiam, pedih hatinya dituduh sedemikian.

“Kalau betul dia sayangkan aku, kenapa dia tinggalkan aku? Kenapa dia suruh aku lupakan apa yang dia cakap?”.

“Sebab dia tak nak kau sedih, dia ada pendarahan dalaman dan sedang menjalani pembedahan. Doktor kata peluang untuknya hidup amat tipis.

Mungkin kau tak tahu, selama ini dia sentiasa dekat dengan kau dan selalu memerhatikan kau, cuma kau yang tak sedar.”

Mesej David sudah mula menunjukkan simpati pada Isma seakan dia tahu kesedihan yang dialami Isma. Tanpa membuang masa, pantas nombor telefon David didail kerana dia ingin bercakap dengan William.

Dia terpaksa menghubungi David kerana telefon William dimatikan. Malangnya hajat Isma tidak kesampaian kerana tidak dapat mendengar suara lelaki yang dirinduinya selama ini. William belum sedar.

Sejak hari itu, beratus-ratus email dan sms Isma kirim kepada William tetapi tiada satu pun terbalas, memang amat memilukan.

Ahad 25 Mei, Isma mendapat panggilan dari ibu William, Puan Anna memberitahunya bahawa William tiada lagi di dunia ini. Terasa gelap seketika dunia sekelilingnya walaupun suasana hari pertunangan Izzuddin, abang Isma sedang berlangsung dengan begitu meriah.

Koridor menuju ke tingkatan 4Sc1 sunyi. Semua murid sedang menjalani sesi pembelajaran seperti biasa. Melangkah masuk ke dewan pengganti kelas tingkatan 4Sc1 yang terapung, semua mata memandangnya. Dengan muka selamba Isma menyeka peluhnya.

Pagi Rabu 28 Mei, waktu pertama iaitu waktu pendidikan jasmani Puan Asyikin tidak diendahkannya kerana pelajar perempuan tidak gemar bersukan sebaliknya cuma pelajar lelaki ke padang. Tambahan lagi dia telah berpenat lelah menapak menuju ke sekolah, nasib baik tiada lagi pengawas berkawal di pintu pagar sekolah dan guru disiplin telah masuk ke kelas pengajarannya.

*this short story was written in 2008 back then when I was in teenage.. 

No comments:

Post a Comment