Hujan
Pagi ni hujan lagi
Dan aku masih ditemani kopi O panas
Sambil mencicip biskut kosong
Dingin
Angin dingin menembus tingkap
Melalui pintu hati membawa semua kenangan tentang engkau
Engkau
Engkau yang pergi
Engkau yang ku nanti kembali
Kopi O ini
Pasti akan mengingatkan aku pada kau
Kerana kau
Menerima kehadiran kopi O jua
Sebagai teman
Sungguh
Aku rindu
Rindu pada senyuman kau
Tawa kau
Gurau senda kau
Dan aku rindu mata itu
Aku rindu semua tentang engkau
No comments:
Post a Comment