Dia gini.. Berkata benar walaupun pahit..
Aku pernah dinasihati seorang sahabat.. Syafiq namanya..
"Tirq, kau jangan lurus sangat boleh tak? Aku tak faham la kenapa kau gini."
Ok, lebih kepada dia marah aku sebnanye.. bukan nasihat.. tapi marah dia marah yang berguna yang membuat aku berfikir kembali hari ini..
Ceritanya begini..
Aku sangat meminati jam tangan miliknya.. selepas beberapa ketika, aku ternampak bekas calar di jam tangan kesayangan dia..
Makanya aku membuat keputusan untuk menggantikan jam tersebut dengan jam baru..
Aku pun menaiki bas ke Sunway Pyramid sendirian.. pertama kalinya.. tempat yang aku tak pernah tuju..
Sampai di sana, orang di kedai tersebut mengatakan tiada stok untuj warna jam tersebut.. ianya jam Casio Calculator berwarna silver..
Maka aku pun call Syafiq.
"Assalamualaikum, Syafiq, aq kt Sunway ni.. nak ganti jam kau.. kalau aku amek warna lain boleh?"
"Hah? Kau buat apa kat situ?!! Kau balik sekarang.. balik, balik aku kata!!"
Syafiq menengking tidak semena.. aku jadi menggigil ketakutan..
"Aku minta maaf, aku da tercalarkan jam kau.. so biar aku ganti baru." Aku masih cuba bercakap..
"Dah, kau tak payah banyak cakap.. balik je.. calar tu aku yang buat.. bukan kau yang buat.."
"Ye ke? Aku cuba tukarkan skrin dia ea?" Aku masih berusaha dan berfikir dia cuma nak sedapkan hati aku..
"Kau jangan buat apa-apa kat jam aku!! Kau buat apa-apa aku tak akan maafkan kau.."
Aku pun balik.. masa pulangkan jam tu kat dia.. dia cakap..
"Apasal la kau ni bendul sangat Tirq? Kau cepat rasa bersalah pada bukan salah kau.. dan kau menonong buat sesuatu tanpa pikir. Apasal kau macam ni?" Merah muka Syafiq memandang aku.. aku hanya diam..
"Aku bukan apa, kalau aku salah, biar aku ganti balik.. sbb aq da pegang jam tu.. lgpn tu jam kesayangan kau, tetibe aku rosakkan.."
"Ya, memang ni jam kesayangan aku.. tapi calar ni aku yang buat sebab aku selalu campak dia mana-mana aku suka.. dan kau tolonglah jangan bendul sangat.. bukan nak cakap yang aku ni baik.. tapi kalau kau jumpa orang jahat kat luar sana, kau mudah kene tipu kau tau tak? Ini baru jam.. kau tolonglah jaga diri Tirq.. tolonglah.. aku rayu kat kau.." Syafiq diam sekejap geleng kepala dan menarik nafas lagi..
"Hish, first time la aku jumpa orang macam kau ni.. jujur tak bertempat.. aku marah ni ada sebab.. sebab aku tau kau baik.. dan aku tak nak orang amek kesempatan atas diri kau.. dan rosakkan diri kau.. kau ni senang kene tipu laa.. tolong jangan jadi bendul sangat."
Mata aku terkebil-kebil dan hanya mampu tersengih.. aku masih kurang faham sebnanye.. kan ianya perkara yang baik.. baik untuk dia sebab aku boleh gantikan jam dia.. dan aku tak hutang pape..
Dan hari ini..
Seorang adik meminta aku menyampaikan salam kepada guru yang diminatinya.. aku sampaikan je la salam orang.. then dia tersengih dan kata aku LB.. bila ditanya apa itu LB, dia kata lurus bendul..
Dengan segera aku teringat kisah dengan Syafiq.. Lurus Bendul atau jujur, ianya dua perkara yang berbeza ke? Mak pun cakap aku lurus bendul.. salahkah bila kita bertindak jujur?
No comments:
Post a Comment