Fasya menahan tangis di tepi jalan itu. Hari ini genap seminggu dia masuk ke kolej mengambil jurusan Art & Design.
Pagi ni kelas pertama dia selepas seminggu orientasi.. Dia terlambat sikit ke kelas, pagi ni hujan.. dia kuatkan semangat redah juga hujan dengan motor buruk abah. Abah pergi keje naik basikal untuk kemudahan fasya ke kelas. Dia balut segala buku dan laptop dalam plastik sebelum masukkan ke dalam beg.. mak pesan, hujan sikit takpe, redah je..
Dia pun sampai ke fakulti dengan kasut bertakung air dan baju boleh diperah. Tergesa-gesa dia menaiki tangga dan terlanggar seseorang. Dia terlupa di mana letak duduk kelas ekonomi.
"Dik, kelas ekonomi kat mana ya?" Tegur dia pada gadis tu.
"Entah, kat atas kot." Acuh tak acuh.
Fasha melangkah 2 anak tangga dengan satu langkah. Sampai di tingkat atas,dia mengesat muka yg basah dek air hujan dgn tangan sejuknya. Hari ni hari Jumaat, jadi dia berbaju kurung tetapi dah lencun. Lepas ni dalam dewan kuliah sejuk aircond pulak..
"Assalamualaikum puan, ini kelas ekonomi ke?" Dia bertanya.
"Bukan." Pensyarah itu menjawab dengan mimik muka meluat melihat Fasya. Fasya senyum je.
"Woi, ari pertama takkan da salah kelas kot." Budak lelaki dari kuliah itu mengacau dan mentertawakan dia.
Fasya turun tangga semula. Ketika itu dia terjumpa sebuah laptop yg pecah di tangga. Dia membelek laptop itu dan mengenalpasti laptop itu miliknya.. dia meraba begnya sekilas, koyak!!
"Ouh, itu memang laptop akak. Tadi saya tengok beg akak da koyak sikit. Tapi saje saya tak bagitau. Nak bereksperimen sikit, tengok bape lama boleh tahan. So laptop tu da jatuh la ya kat sini." Gadis yang Fasha tanya tentang di mana kelas tadi lalu dengan gelak kecil.
Fasya mengetap bibir. Dia senyum dan berkata, "Dik, bagi sesetengah orang, laptop tu barang mainan. Tapi bagi akak laptop ni la harta pertama akak beli dengan duit hasil titik peluh akak keje. Akak bukan orang senang dik. Apa salah bagitau beg akak koyak tadi?" Fasya masih lagi senyum walau air muka dia sedikit keruh.
"Ouh, sorry." Gadis itu tersenyum sinis dan terus berlalu.
Fasya kutip dan peluk laptop itu menuju ke kelas ekonomi yang dikenalpasti kedudukannya. Terdapat notis kelas batal.
Terlepas sedikit keluhan dari bibir dia. Dia menuju ke parkir motor.
Deringan telefon bimbit menghentikan menungnya. Apa lagi la mamat ni mahu?
"Hello abang?" Dia buat2 ceria.
"Hai, lama tak dengar khabar. Sayang abang ni da tak sayang abang ke?" Fasya mencebik bibir meluat dengar suara itu.
"Ok je.. k la, bye." Fasya menjeling lalu meletak telefon.
Beep. Bunyi mesej masuk.
"Fasy, abg minta maaf, abg akan berkahwin dgn org lain, Nur Adibah namanya. Ayah abg yg suruh kahwin dengan dia. Abg juga bahagia dgn dia. Harap Fasy akan bahagia juga."
Mesej itu buat dia tersenyum senget.
Bagus jantan! Kau da rogol aku, da kebas duit aku, baik aku selamatkan motor abah dari kau pajakkan, now kau kata nak kawen dengan orang lain? Hai, suka ati kau la jantan. Blah je la dari hidup aku. Aku harap kau berambus mcm hujan ni dah berhenti dan matahari yang keluar takde tinggalkan kesan hujan sikit pun. Mcm kau tak penah dtg dlm hidup aku. Bahagia untuk aku konon, moga kau bahagia la setan, hidup aku da jahanam. Aku kene jaga diri sendiri je sekarang.
Fasya bangun, pulang ke rumah sewa, mandi dan tidur. Dia ada azam. Satu hari nanti dia nak jadi orang senang dan tak perlukan lelaki dalam hidup.
*****
No comments:
Post a Comment