Seminggu selepas interview itu berlangsung. Amira masih berhubung dengan Paan. Dia plan nak membelakangi papanya dan still follow bisnes Paan. Bukan dia nak derhaka pada orang tua tu, cuma dia tak suka dengan cara kerja orang tua tu. Takleh masuk dengan kepala dia gaya orang tua tu. Melobi sana sini. Tipu orang sana sini. Bisnes ni melibatkan proses face to face dengan client, takkan la dia nak menipu client semata nak dapat kes baru. Hoho, itu bukan gaya kerja bermutu.
But yet, still dia takleh nak fokus pada kerja buat masa ni even dengan Paan sekalipun.. otak dia celaru dengan plan yang banyak tak jadi..
"Mir, aku tak suka kau gini. Cakap je lebih, tapi keje takde. Cuba kau buktikan sikit apa yang kau cakap. Plan je memanjang.. jadinye tak pun.."
"Okay." Amira terkebil-kebil mendengar leteran Paan.
"Bapak kau bukan tak nak tolong kau dalam bisnes ni. Dia nak kau buktikan something pada dia. Aku boleh terima dia tak nak kau collaborate dengan aku, tapi aku tak nak dia senyum senget tengok aku tak leh turn kau kepada orang yang berjaya. Buat sekarang! Bertindak!! Aku tak nak kau cuma plan je lagi. Plan kau ok, cuma aku nak kau bertindak. Kalau tak ok mana-mana, aku top up." Paan serius memandang Amira.
Amira mengangguk perlahan. Tapi...
Kau tak kenal lagi dengan papa aku Paan.. kau tak tau istilah dia tak nak tolong tu camne.. aku takut kau je yang kene tempias tu nanti.. aku follow kau sebab aku tau kau kuat.. so aku yakin boleh fight kat situ.. ada sebab aku tak nak follow papa.. bukannya papa tak nak tolong aku..
Amira cuma termenung dan berkata dalam hati. Malas mahu berbahas, dia juga tiada bukti nak berbahas..
~lagu seiring sehaluan berkumandang~
"Ya.. hello.."
"Anak ayah buat surat untuk ayah?"
"Belakang pintu ea surat tu?"
"Ok, nanti ayah amek."
"Ayah balik pukul 11.30 jap ag."
Amira cuma mendengar perbualan Paan dengan minda kosong.
"Paan, aku ciao dulu. Nak jumpa orang la. Blind date." Kata Amira sambil mengenyit mata dan menghayun beg galas ke bahu. Dia tersengih sumbing ke arah Paan.
"Aih, da pandai blind date da? Bukan tak kena dengan jiwa kau ke cintan cinton ni?" Paan tergelak lalu meletak smartphone ke atas meja. Anak dia da siapkan surat cinta untuk dia belakang pintu. Bercinta dengan anak sendiri umur 8 tahun. Cool x sebagai seorang ayah? Heheh..
"Kau lain laa.. da ada anak bini. Aku ni borang kosong berlambak lagi wei orang tak isi." Amira menyeluk saku mengeluarkan kunci motor. Dia da siap pakai jaket.
"Da kau tiba-tiba pikir partner ni ape citer? Patot la tak fokus pada bisnes." Paan menghulur not merah pada tauke mamak.
"Takde la, kau penah tengok citer Diana Amir berlakon tu dak? Yang dia kata nisbah wanita dengan lelaki 37:1. Kau tengok aku memang gini. Tapi aku ada perasaan beb. Kalau tak, takkan aku setia tunggu Pian sampai sekarang walau aku tau dia takkan balik kat aku?" Nada ayat akhir akhir Amira berubah serak. Paan diam.
Sape suruh kau tak nak tengok aku Mir. Aku ada 3 lagi kuota kosong ni.
"Da tu, kau nak pi blind date ni ape citer? Kata setia." Paan memandang Amira serius.
"Hidup kene move on beb. Tu cara aku nak try lupakan dia la tu." Mereka menghidupkan enjin motosikal dan menuju ke haluan masing-masing.
No comments:
Post a Comment