Labels

Saturday, 14 March 2015

Third Scene

"Beri saya resume awak."

Amira menghulurkan resume disertakan borang jawatan kosong yang dia isi tadi.

"Nak panggil Nur ke Amira?"

Haa? Nur? Tak penah orang tanya aku gini. Biasa orang tanya nak panggil Amira ke Khadijah. Pelik bos ni. Ah, lantak laa..

"Amir encik. Panggil saya Amir."
Amira tersenyum dengan muka konfiden.

"Amir?" Dia memandang Amira dengan muka tanda tanya kemudian tersenyum sinis sambil geleng kepala.

Budak ni, pakai shawl labuh daa, muka pun muka pompuan abes daa.. biar betul budak ni? Senonoh sikit ya budak.

"Ya, Amir. Takpe, saya selesa begitu." Amira menjawab pura-pura tersipu malu. Ecececehh. Bajet perempuan melayu terawal.

Kau tak kenal aku lagi bos. Takpe, kau bagi aku keje ni, nanti kau kenal la aku.. heheh...

"Ouh, okay. So kalau nak datang keje nanti naik apa?"

"Naik motor encik. Saya ada motor."

"Motor ya, kalau hujan?"

"Baju hujan ada. Takpe, saya dah biasa redah hujan."

Heh bos, apa guna orang yang cipta baju ujan tu perah otak cari idea buat baju hujan? Untuk manusia macam kita ni nak pakai la bos.. hoho..

"Okay, tapi jangan sampai membahayakan diri pulak. Awak tu perempuan. Kita tak nak pape jadi kat pekerja kita masa on duty."

"Insya Allah, saya boleh."

"Saya tengok resume awak menarik, banyak pengalaman dari pelbagai bidang. Insya Allah kalau awak shortlisted, kita akan panggil untuk second interview. Waktu tu awak kena prepare untuk test la."

"Ouh, okay."

Sebenarnya, Amira memohon kerja lain tanpa pengetahuan sesiapa terutama papa dia. Kira macam back up plan. Sebab dia rasa tak sedap hati bila teringat warning papa dia hari tu.. dia pun da mula mencari rumah sewa, in case dia perlu lalui zaman yang sukar nanti.

Tu la Mir, sape suruh kau cari pasal dengan papa. Bukan kau tak tau falsafah jangan cari pasal dengan orang tua tu, naya kau nanti. Papa tak papa..

No comments:

Post a Comment