Labels

Sunday, 8 February 2015

Second Scene

Amira termenung di depan Pantai Puteri tu. Masih cuba menghadam kata-kata Paan tadi.

"Mir, aku rasa kau tak payah follow aku dengan Alan lagi laa.. Aku tau ayah kau tak suka kau follow kitorang keje."

Kata-kata Paan menusuk hati Amira macam garfu yang dipegangnya membelah Lemon Cheesecake di Secret Recipes tersebut.

Amira cuma diam. Matanya tertumpu pada garfu yang bermain dengan kek di depannya. Dia kemudian duduk dengan tegak sejurus melepaskan keluhan. Disedut apple asam boi membasahi tekaknya yang kering dek keputusan Paan.

"Ok. Kau pun da buat keputusan, aku takleh nak kata apa sebab kau ketua. Aku nak teruskan challenge untuk diri aku, bisnes group kita sedangkan kau pun tahu aku takleh masuk dengan cara keje bapak aku walaupun bisnes kita sama. But since you've made the decision, ok then.. Aku pun tak nak burdenkan kau lagi.. Aku ikut je la apa kau cakap. Ciao dulu. Aku ada appointment dengan client." Amira berdiri, mencapai beg galas menuju ke kaunter.

Selepas menjelaskan bil, dia bersama Zaquan(motosikal dia yang dia claim as her boyfriend) berjalan tanpa hala tuju akhirnya berhenti di pesisir pantai ni. Port biasa yang tanpa Amira sedar merupakan port setiap kali dia frust atau ada masalah.

Sebenarnya isu ini masih dalam perbincangan selepas Dr Ismadi, bapa Amira memberi kiasan tak mahu Amira ikut bisnes orang lain lebih-lebih lagi syarikat Paan merupakan syarikat saingannya.

Ada sebab kenapa Amira tak selesa bekerja dengan ayahnya. Malahan, dia gembira bekerja bersama-sama Paan, Alan dan Sharil.

Tapi sekarang da jadi lain. Mungkin dia terasa membebankan Paan, tambahan lagi Dr Ismadi pernah memberi ugutan terhadap hubungan mereka.

Jadi sekarang, Amira buat keputusan untuk bergerak sendiri. Kalau terpaksa keluar dari bidang bisnes mereka, Amira sanggup demi kelangsungan hidup. Sebabnya, bapak dia tak pernah bagi sesen pun elaun bulanan melainkan makanan yang dia makan kat umah je..

Amira merenung lagi laut jauh, kurang-kurang dapat pahala kan? Patot la Rasulullah suka tengok air mengalir. Menenangkan dan melekakan..

Amira menghela nafas.

"Kalau dia boleh buat sales dalam bisnes ni, tak kan aku tak leh buat sendiri? Paan dulu pun buat personal sales je. Aku kena cari jalan. Cari senjata nak perang."

Amira mengorak langkah ke gigi air sambil bercakap dengan diri sendiri. Persis orang sewel.

Bukk!!

Sebiji bola hinggap di buku lalinya. Ditoleh ke kanan, arah datangnya bola tersebut..

"Sori dik, tak sengaja." Kata lelaki yang hanya berseluar bawah pusat atas lutut tersebut.

Hoho pakcik, kau ingat kau kat tepi pantai Miami ke? Kang tak pasal-pasal bernafsu pulak aku yang anak dara ni kang naya.

Dengan cepat Amira menjatuhkan pandangan ke arah bola itu. Dia terus menggelecek bola tersebut melepasi pemuda itu dan di tendang ke arah lelaki ber-tshirt lambang Arsenal dengan seluar pendek tapi memakai tight inner..

"Thanks" balas pemuda itu.

"Takde hal la bro." Amira tersengih. Dia memberi tabik ringkas ala seorang hero sambil mengenyit mata dan terus beredar ke gigi air..

**********************************************

"Ibrahim berkata: "apakah kamu memberi khabar gembira padaku padahal usiaku telah lanjut, maka dengan cara bagaimanakah (terlaksananya) berita gembira yang kamu khabarkan ini? Mereka menjawab: "kami menyampaikan khabar gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk dalam kalangan orang yang berputus asa. Ibrahim berkata: "tidak ada yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya kecuali orang yang sesat."" Surah AlHijr 15: 54,55,56

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali yang biasa terlihat..." Surah AnNur 24:31

*lelaki sekalian, anda juga patut menutup aurat dengan sempurna tanpa mengira waktu. Baru la nampak macho dan hensem bila main bola atau beriadah. Kalau tutup aurat dengan sempurna kan hensem di mata aweks dan Allah ;) hensem dunia akhirat. Sila lihat artikel tentang aurat lelaki yow!!

No comments:

Post a Comment