Labels

Wednesday, 4 February 2015

First Scene

Dia menongkat ZX-6R ABS Kawasaki Ninja. Dimatikan enjin dan mula membuka sarung tangan. Dia berjalan menuju ke meja di warung bawah pokok depan SMK Seri Kota. Membuka helmet dalam perjalanan menuju ke situ. Wanita bertudung rupanya.. Semua mata hanya memandang..

Sampai di meja tempat Paan dan Alan menunggu, Amira membuka jaketnya. Beberapa orang di sekeliling menoleh dua kali.

"Awek motor besar tu ustazah la wei.. Tudung labuh tu," kedengaran bisikan dari meja sebelah. Ada juga beberapa mata memandang sinis Amira sambil berbisik sesama mereka di beberapa meja lain. Pandangan meluat mungkin. Ekpresi muka mereka macam menggambarkan ayat ni "Ustazah mende pakai tudung labuh perangai gitu. Terkangkang-kangkang bawak motor besar."

Amira masih dengan muka selamba. Paan hanya menggeleng kepala dan tersenyum sinis sambil menghela nafas.

"Asal kau lambat ari ni Mir? Biasanya kau yang tunggu kitorang," Paan mula menyoal.

"Perut aku buat hal pagi tadi. Semalam makan lauk orang kawen. Sebab tu kot. Sorry.." Amira membalas sambil mendakap kedua tapak tangan dengan muka tersengih-sengih.

"Awak da tau awak tak leh makan pedas, awak makan jugak nape.." Alan berkata sambil mata merenung jauh dengan muka seriusnya. Dia memang begitu.

"He.. hee.." Amira gelak satu-persatu sambil menyeringai.

"Takpe, mungkin tu ujian Allah kerana menyayangi hambaNya. Setiap kesakitan walau cuma sakit perut, tu hadiah dari Allah melalui ujian untuk hamba Dia." Ustaz Alan da mula membuka tazkirah dia. Paan tersengih memandang Amira atau lebih dikenali sebagai Amir.

"Sharil mana?" Amira cuba mengalih topik.

"Aku dengar nama aku kene sebut. Sape rindu?" serentak mereka menoleh ke arah datangnya suara tersebut. Sharil dengan muka selamba menarik kerusi dan memanggil pelayan untuk memesan minuman.

"Ni haa Amir.. Belum panas bontot duduk da tanya nama kau," Paan mengunjuk ke arah Amira.

"Aku tanya je, da aku nampak korang berdua je tadi, kira meeting tak start lagi la. Taiko baru sampai." Amira mengangkat kening sebelah.

*************************************************
"Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)." Riwayat Muslim.

No comments:

Post a Comment