Labels

Sunday 17 September 2023

RnR

Sedang dia mencicip teh panas, lalu kelibat seorang wanita yang seperti dikenalinya.. Anak mata Saufi menurut langkah gadis tersebut.. tidak mahu sosok tubuh itu hilang dari pandangan..

Dia menelan air liur satu persatu.. Dia pasti, itu wajah yang pernah dia rindu.. mungkin masih tapi hanya disimpan di lubuk hati..

Dengan langkah berhati-hati, dia mendekati gadis itu. Gadis tersebut sedang leka membelek roti di kedai rawat dan rehat itu tanpa sedar akan kehadirannya.

"Assalamualaikum.. awk..." Kata-kata Saufi terhenti disitu..

Gadis itu terus mengenalinya.. Masakan dia boleh lupa wajah orang yang pernah disayang, dicinta sepenuh hati.. tapi gadis itu kaku tidak memberi respons.. 

"Excuse me, I've to go.." balas gadis itu mengatur langkah dengan cpt..

"Jap jap.. boleh tak kita jumpa sebentar.." Saufi menahan langkah gadis itu dengan berdiri di hadapannya..

Gadis itu mengeluh.. "5 minutes" balasnya ringkas.. dan mereka melangkah ke meja hujung di kawasan RnR tersebut..

Saufi merenung mata gadis itu.. dingin seperti air batu..

"Dah lebih 5 tahun, kenapa awk masih tak cari pengganti saya?" Soalnya..

"It's been 12 years to be exact.. and, why do I have to do so?" mata gadis itu masih dibiar lepas pada pemandangan keliling. Mata yang masih membeku..

Saufi melepas keluhan. Nyata, sifat gadis itu yang tegas dan degil masih sama seperti dulu.. 

"Saya dah kawen.. Dah ada anak.." Saufi cuba memancing.. Mungkinkah gadis itu masih menunggunya?

"So? What do you expect me to say? I'm not the one whom initiated this conversation.." balas gadis itu sinis..

"Look, I do not intend to continue on this conversation.. shall we say goodbye then?" Tambahnya lagi..

"Tapi kenapa awak tak kawen lagi?" Saufi tak mahu mengalah..

Gadis itu melepas nafas berat. Sungguh dia malas mahu bercakap.. sungguh dia malas nak hadap muka lelaki yang tinggalkan dia 12 tahun yang lepas.. dia tak salahkan lelaki tu.. tapi, yang dah berlaku, biar je berlalu..

"Awak nak saya cakap apa? Saya ni da macam kene sumpahan langsung tak jumpa jodoh lepas awak tinggalkan saya? Awak nak cakap apa? Saya tunggu awak? Please laa Saufi.. Awak dan saya masing-masing berjanji takkan tinggalkan hubungan kita.. kalau perjanjian itu butuh dua pihak, kenapa hanya saya yang masih perlu menunggu? It's null!! And I don't care about you anymore.. at least for these last two years once I knew you're married," laju kata-kata gadis meluncur dingin.. suaranya tenang tapi mendatar bagai tiada perasaan..

"I'm off.. I wish the best for you.. and please live happily ever after.. kita bawa haluan masing-masing ya.. terima kasih untuk semua kenangan dan kebahagiaan yang awak pernah bagi.." gadis itu pun berlalu pergi..

No comments:

Post a Comment