Kadang-kadang kita berjumpa pelangi..
Antara hujan dan mentari..
Sedang kita leka pelangi itu mengaburi hujan, ia sendiri kabur menghilang..
Bukan hilang dibalik mentari..
Tapi hilang tenggelam dalam hujan yang makin lebat..
Kadang-kadang kita berjumpa dengan seseorang..
Hanya sekadar untuk mengajar kita bermimpi..
Untuk merasai indahnya hidup ini..
Dan kemudian dia pergi..
Susahnya nak bangun dari mimpi..
Bila kita dah terbiasa lena bersama dia disisi..
Aku belajar menerima seseorang tatkala aku memberi keputusan untuk mematikan perasaan cinta di dalam hati.. Dia datang dengan harapan.. Lalu bila aku berpaling dari keputusan untuk mematikan cinta itu, dia berlari pergi meninggalkan aku..
Terkadang aku bingung.. Memang hidup aku ini sekadar tempat untuk orang singgah dan kemudian pergi atau bagaimana.. Maka aku hadir dengan satu konklusi, aku memang ditakdirkan untuk sendiri barangkali..
Untuk setiap perasaan kecewa, sakit dan pilu itu.. Aku kuburkan satu persatu.. Moga hati aku cukup kuat untuk tidak menerima mana-mana cinta lagi selepas ini.. Dan aku biarkan perasaan itu mati.. Dikuburkan tanpa perlu menoleh lagi.. Tapi hati aku sering lembut untuk bagi manusia peluang lagi dan lagi.. Cukup kuatkah aku dengan keputusan itu??
J, terima kasih kerana membenarkan aku bermimpi.. Seperti yang engkau selalu bilang, "we are living in the dream".. Dan bila aku yang harus celik kan mata, aku sendiri yang sakit..
No comments:
Post a Comment