Labels

Friday, 17 August 2018

Dosa

Dan bila kau terlalu penat
Dan kau mahu berputus harap
Tangan dan kaki kau dah longlai
Fizikal kau susut
Mental kau kusut
Jalan kau nampak dalam depresi itu hanya mahukan penamat hidup
Sudah kau tahu wujudnya Tuhan
Tapi jalan kembali seakan jauh dari kemaafan
Kau ulangi dosa silam
Sedang dalam engkau bertaubat
Membuat engkau hilang arah
Tak tahu mana nak tuju
Mati menemukan kau dengan Tuhan
Tapi kau malu untuk bersedia menghadap Tuhan
Sedang liku hidup kau jalani dengan lelah
Dan kau rasa hampir punah

Aku sendiri buntu
Takdir itu memang begitu
Atau aku yang memilih jalan begitu
Harusnya bagaimana bila keadaan memaksa aku memilih jalan itu
Sedang kehendak aku di diversi ke arah bertentang
Akal dan laku tidak berjalan seiring
Maka otak aku seperti berhenti berfungsi
Mencakna ego sendiri
Tapi lemas dalam kemelut diri

Aku yang terleka
Tidak tahu arah mana yang ku tuju
Aku tahu Tuhan itu Maha Pengampun
Tapi aku malu untuk memohon ampun atas dosa yang sering diulangi
Gagal dalam ujian yang diberi setiap kali

Aku tahu sifat putus harap itu sifat iblis
Tapi aku lelah untuk meletak harap sekali lagi
Aku penat dengan hawa dunia sendiri
Aku tahu aku punya Tuhan
Tapi aku takut Dia terlalu murka untuk menerima aku kembali

No comments:

Post a Comment