Labels

Tuesday, 20 March 2018

Kehilangan

Aku masih ingat perkara tu..

Aku dail nombor tu banyak kali pagi tu.. Tak berjawab.. Sedang aku berpusing-pusing mencari kelibat abang aku di tepi jalan itu demi menjemput aku balik kampung akhir semester..

Berkali-kali aku dail tapi talian terputus bodoh macam tu je.. Dan akhirnya deringan tu berjawab selepas aku merayu untuk mendengar suara dia kali terakhir..

Aku panggil dia, "Abang.. Dengar tak cayang panggil ni?? Abang.. Dengar tak suara cayang??" dan yang hanya menjawab soalan aku cuma deruan angin disamping sayup2 suara yang aku kenal sedang bergelak ketawa dengan rakan dia.. Loghat Terengganu tu tak pernah hilang dalam bicara mereka..

Airmata aku mula tumpah.. Aku cuba tersenyum demi mengawal emosi.. Pahit..

Sekali lagi aku panggil dia.. "Abang, dengarlah suara cayang.. Tolonglah.. Cayang cintakan abang sangat-sangat.. Sangat-sangat.. Lebih dari abang.. Abang dengar tak ni?" suara aku makin lemah dalam tangisan. Talian dimatikan sedang aku terduduk di tepi jalan itu menangis.. Menangis seperti orang bodoh tanpa menghiraukan mereka yang lalu lalang memandang aku.. Aku call sekali lagi.. Handphone dia telah dimatikan..

Sakit.. Aku tak rasa nyawa aku melekat kat badan masa tu.. Badan aku menggigil.. Rasa takut.. Sedih.. Aku pun tak pasti..

Kemudian abang aku call.. Dia tanya mana lokasi aku.. Aku tak jawab.. Aku hanya membalas dengan sms meminta dia tunggu aku di kolej..

Aku kumpul kekuatan untuk berdepan dengan mak, abah dan abang aku.. Mereka tak perlu tahu apa yang berlaku..

Aku fikir sakit itu seketika.. Tapi sudah enam tahun berlalu, masuk tahun ketujuh.. Perkara tu masih segar dalam ingatan aku seperti panas darah mengalir ke dalam otak dan masih membuat airmata aku menitis.. Sakit.. Masih aku rasa sakit dada aku menahan sesak nafas akibat esakan tangisan tu..

Dan tadi, kawan yang paling aku sayang, ulang perkara yang sama berlaku dulu.. Terasa nyawa aku melayang sama macam masa tu.. Tapi aku dah tak mampu menangis.. Airmata aku juga dah banyak keluar untuk dia.. Aku dah tak mampu nak menangis.. Mungkin aku perlu bersedia untuk hadapi kehilangan lagi.. Moga Allah bagi aku kekuatan untuk hadapi lagi..

Selalunya, orang yang paling kita sayang yang akan tinggalkan luka yang paling dalam.. Aku terlupa tentang itu.. Aku terlupa..

No comments:

Post a Comment