Labels

Sunday, 21 January 2018

Lurus

Pada usia ini, masih lagi aku terima perkataan "kau ni lurus sangat la Tiq" atau "kau ni mudah terpedaya" atau "kau ni mudah terpengaruh"

Lagi..

Dan lagi..

Jujur.. Aku cuma mahu jujur dengan manusia.. Dan aku anggap manusia keliling aku juga begitu..

Biarpun berapa kali ditipu, berapa kali diperdaya, aku masih mahu memberi peluang itu pada manusia..

Jangan ditanya kenapa, otak aku sendiri tak boleh hadam kenapa aku bersikap begitu..

Dan aku tahu, setiap kali aku akan terluka secara fizikal atau psikologi itu pasti..

I learn to accept the advice of "don't expect the lion won't eat you just because you don't eat lion.." but still I give people chances when they need to even i know they were lying..

Tentang hati dan perasaan ini, berapa kali diperdaya dan dipermainkan, masih aku beri peluang pada manusia..

Kali ini, aku minta pada Tuhan, untuk tutup hati ini.. Tiada lagi cinta.. Untuk apa kalau ia sekadar permainan mereka dan mereka tertawa gembira melihatkan aku menderita menangis kerana mereka.. Kelakar bukan??

No comments:

Post a Comment