Labels

Monday, 1 January 2018

Hilang

Alya masih merenung ke mata Afiq.. Mata yang seakan takut pada sesuatu tetapi pasrah.. Soalannya pada Afiq tadi masih lagi ditinggal bisu..

"Kau pasti kau takde perasaan pada Ainaa?"

Afiq masih diam termenung. Barangkali memikir jawapan yang sesuai untuk diberi. Mungkin juga sedang menimbang tara kepercayaan dia terhadap Alya.

Dia menghirup teh tarik yang berbaki separuh gelas. Masih panas walaupun buihnya sudah banyak menghilang..

"Aku tak tau nak cakap macam mana Lya. Susah nak cakap." Akhirnya Afiq bersuara usai satu menungan panjang.

"Kalau kau tak pasti, ikut jelah kata hati. Kau sebenarnya suka dia kan?" Alya masih mahu menduga.

"Dia kawan aku Lya. Kawan aku. Dan kerana tu aku tak mahu kehilangan dia. Aku belum bersedia nak hilang dia. Dan kalau hanya sebab perasaan bodoh tu aku akan hilang dia, baik tak payah. Lupakan je laa.." Afiq mengeluh. Dahinya berkerut memikirkan kemungkinan yang berlaku.

"Abes tu apa perasaan kau yang sebenarnya?" Alya tak mahu persoalannya tergantung disitu.

"Aku tak tau, aku cuma takut aku akan kehilangan dia. Aku sayang dia. Aku takut kalau aku tak dapat jumpa dia lagi. Aku takut kalau aku tak dapat tengok senyum dia lagi. Aku tak tau." Afiq menarik nafas lagi. Termenung.

"Bagitau jelah pada dia. Jujur je." Solusi yang Alya cuba sampaikan. Tapi dia sendiri tidak pasti apakah solusi itu cukup efektif bagi situasi Afiq.

Sesi one to one ini berlaku kerana Alya nampak Afiq begitu kusut. Ainaa hilang tanpa berita. Bukan dia tidak tahu di mana Ainaa, dia tahu.. Tapi janji dia pada Ainaa untuk merahsiakan dipegang erat.

"Aku nak bagitau macam mana lagi? Aku sayang dia sama macam aku sayang kau.. Tu je lah mampu.. Hari tu pun dia kata dia tak selesa kalau aku terlalu baik dengan dia.. Dia diamkan diri.. Dia buat aku macam tunggul macam aku tak wujud.. Dia cakap dia rasa macam aku suka dia, dia tak selesa.. Kau nak aku cakap macam mana?? Aku sendiri pun tak tau apa benda semua ni.. Apasal entah aku care sangat pasal dia.. Kalau ikutkan, dah dia buat camtu, patutnya aku belah je laa.. Tapi aku tak boleh.. Nanti aku risaukan dia.. Kau sendiri tahu Ainaa tu macam mana kann.." kening Afiq seakan mahu bercantum menahan kerutan dahinya.

"Kau suka dia la tu.. Sebenarnya kau sayang dia kann??" Alya senyum sinis.

"Memang laa aku sayang dia gilerr.. Sama macam aku sayang kau.." Afiq mengeluh..

"Yeke sama.. Ke kau sayang dia lebih lagi??" Alya masih menahan senyum sinis dibibir..

"Lya, kalau aku sayang dia sekalipun.. Dia tak nak kat aku. Itu cerita dia. Kau paham tak?" Afiq bersandar lepas menghirup lagi teh tarik yang bersisa..

"Sebab tu, aku dengan dia memang takkan boleh jadi lebih dari kawan. Macam aku cakap tadi, aku tak nak sebab perasaan bodoh tu, aku akan hilang kawan aku. Sakit bhai.. Aku tak ready lagi nak hilang dia.." Akhirnya Afiq keluarkan apa yang terbuku.

"Biar kita kekal sebagai kawan, dan sampai bila-bila macam tu.."

Jeda.

"Biar jelah macam tu. Sementara dia belum ada sesiapa dalam hidup dia, biar je lah aku amek berat tentang dia.. Aku tak nak dia sedih. Nanti bila dia dah ada buah hati.. Dah nak kawen, aku blah laa.. Masa tu aku tak toleh lagi dah.. Sekurang-kurangnya hati aku senang, dah ada orang jaga dia.. Jadi aku tak perlu risau lagi.. Tak payah nak pikir lagi dia sedih ke tak, dia stress ke tak.. Sebab dah ada orang jaga dia.."

Diam. Masing-masing membisu. Alya mencari kata-kata seterusnya dari mulut Afiq. Tapi nyata itu penghujungnya..

"Abes tu kau macam mana??" soal Alya.

"Macam mana apa?" Afiq berkerut memandang Alya. Tak paham terbitnya soalan itu.

"Takde ape lahh.." Alya malas mahu menyambung.. Dia nampak keruh di wajah Afiq. Ini bukan menyelesaikan lagi. Biarlah sesi itu cuma luahan hati tanpa penyelesaian.. Sekurang-kurangnya ringan sikit beban di hati Afiq lepas meluahkan.. Mungkin..

"Tapikan..." lepas lama membatu, Afiq kembali membuka bicara.. Alya masih merenung ke mata Afiq mencari butir bicara selanjutnya..

Afiq memandang Alya, mencari kekuatan mungkin.. Alya hanya membalas dengan jungkitan di kening nipisnya.

"Tapi aku rasa, kali ni biarlah dia pergi.. Dah itu keputusan dia.. Mungkin itu yang akan membuat dia bahagia.. Hati orang kita tak boleh nak paksa.. Walaupun aku hanya berharap dia anggap aku sebagai kawan dia.. Mungkin memang dia betul tak selesa.. Nak buat macam mana.." tenang butir bicara dari mulut Afiq. Riak keruh di wajah dia seakan makin hilang..

"Kau pasti kau buat keputusan yang betul?" Alya seakan terkejut. Afiq seperti ingin memberi kata putus.

"Mungkin kau boleh berusaha lagi.. Macam kau cakap, ini kisah sebuah persahabatan.. Takkan kau nak biar terkubur macam tu je.." Alya masih cuba memujuk. Ayat penyata Afiq tadi seolah kata putus.

"Aku dah penat. Mungkin aku je yang anggap dia kawan aku, sahabat aku. Mungkin dia memang nak aku pergi. Aku nak kata apa lagi. Aku hanya mampu hormat keputusan dia. So, aku tarik hand brake. Hands off.." Afiq memberi senyum pahit. Sepahit dark chocolate barangkali. Dark chocolate yang rasanya pahit tapi menenangkan..

Beberapa waktu ketika selepas Alya pergi, airmata lelaki Afiq menitis jua.. Mungkin dark chocolate itu terlalu pahit untuk ditelan..

Hilang sudah kisah sebuah persahabatan. Dia hilang seorang kawan. Dan orang yang dia sayang.

No comments:

Post a Comment