Aku menulis sesuatu diatasnya.. Lalu aku lipat kertas itu kepada bentuk kapal terbang..
Aku nanti saat aku berdiri dipuncak bukit itu.. Aku tiup kapal terbang itu seperti berharap moga hajat itu akan tercapai..
Saat aku membaling kapal terbang itu, hujan turun. Basah. Kapal terbang kertas aku jatuh menjunam..
Aku menangis, tapi tiada yang dapat melihat kerana hujan membasuh airmata itu..
Aku hanya mampu tunggu hujan teduh, dan kemudian berhajat lagi sekali.. Lagi dan lagi.. Dan nanti, aku usahakan kapal terbang kertas yang baru.. Aku harap ia takkan basah lagi..
No comments:
Post a Comment