Terkadang
Ketika kita leka menafikan
Sesuatu yang hadir ke dalam hati
Kita tidak sedar kita telah melukai
Terkadang
Kita yakin dengan perilaku sendiri
Kita tidak sedar kita tersasar
Jauh dari kemahuan rohani
Bukan aku lena
Cuma kerana ego yang menyapa
Menafikan juga perasaan jauh dari lubuk hati
Kemudian bila dah sesat, kehilangan
Aku lemas sendiri
Mencari cahaya tadi
Persetan semua perkara
Hingga aku lupa
Untuk melihat dia bahagia bersama si dia
Tololkah akal yang enggan berfikir
Naif bila berbicara tentang dia dan engkau
Tapi buta melihat dia sedang bahagia bersama si dia..
Dulu,
Kalau dulu awal lagi kau mencari dia
Mungkin harapan itu masih ada
Tapi engkau sendiri yang menggarap
Kisah cinta antara mereka berdua
Melakar lukisan impian untuk mereka
Dan kini,
Kau nak hancurkan semua itu??
Woa,
Jangan terlalu kejam
Pergilah kau..
Jangan menoleh lagi..
Biarkan kisah bahagia mereka itu tersimpul mati..
#hujan
No comments:
Post a Comment