Labels

Wednesday, 23 March 2016

Tandas

Kita bercakap tentang tandas
Dan aku bukan bertanya
Bagaimana perasaannya tatkala
Engkau melepaskan hajat dengan tandas.
Tidak!!
Aku bukan setolol itu.

Aku bertanya tentang,
Siapa pencipta tandas?
Siapa pencipta mangkuk jamban?
Siapa pencipta tandas cangkung dan duduk?
Dan,
Bagaimana mereka ini mendapatkan ilham untuk menghasilkan
Karya agung ini?

Hal ini kerana,
Tiada siapa yang cukup rajin,
Mahu mengambil tahu soal jamban,
Melainkan apabila tiba waktu
Kau memerlukan ia.

No comments:

Post a Comment