Perasaan dia bila kau masih single-mingle kemudian kau tengok orang keliling kau mula kahwin-mahwin, kadang-kadang rasa loser jugak.. lebih-lebih lagi bila kawan kau tu punye bini cun-melecun dan senang-lenang..
Oh my, motif aku guna banyak kata ganda ni dah kenapa?
Entah lah.. frankly speak, dalam keadaan hidup yang agak loser dan ditambah pula dengan ketiadaan pasangan(tak tau pe kaitan), aku baru terfikir bab pasangan ni..
Btw, iman ni seringkali teruji la kan demi menjadi mukmin sejati ni... bila mana hati kau bulat, confirmed pilih akhirat.. duniawi datang melambai manis pada kau.. "pandanglah lihatlah.. pinggangku yang ramping.. lalalala~~~" ok, abaikan...
Haa, masa ni mmg iman kau agak teruji laa..
Ye laa, time kau pilih akhirat, aku kasik contoh..
"Takpe, tak dapat nikah kat dunia, bidadari syurga menanti.. tak dapat keje gomen xpe, janji dapat keje cukup untuk masa aku cari ilmu Allah perbaiki diri.."
Haa.. time tu la kau nampak kawan yang sama pendidikan dengan kau dah bawak Honda City.. time tu la kau tengok kawan yang lain kau nikah dengan awek cun anak dato'.. Pergh!! Mmg rpm nafsu cemburu kau naik mendadak 180km/h la aku gerenti..
Tapi balik pada soalan yang aku nak tanya kau.. kau kahwin untuk apa? Kau keje apa tujuan kau? Penghujung hidup kau sape yang jamin? Kat akhirat nanti macam mana kedudukan kau?
Meh sini aku ingatkan kau Abang Ettirq.. dunia ni tempat dia sementara je.. belum tentu lagi kau dapat apa yang kau nak. Dan kalau kau dapat apa yang kau nak pun, belum tentu lagi boleh jamin apa yang kau dapat tu mampu bahagiakan kau kat akhirat.. wei, akhirat tu kau nak hidup kekal woa.. sila minta Allah kesiankan kau dengan Rahmat Dia untuk terima taubat kau ya.. kalau Rahmat dan Kasih Sayang Allah kau tak dapat kat akhirat kelak, sori to say, sedia menanggung derita la ye..
Dah dah.. tak payah nak gedik pikir kenapa dia lebih aku kurang.. insya Allah, perancangan Allah itu Maha Hebat.. tak termampu lah kau nk terima akal.. cuma letak Kepercayaan dan Keyakinan kau pada Dia je ya..
*kalau dpt tackle cikgu sains tadika agama pun da cukup baik.. hukhukhuk.. tapi dia da ada pakwe la pulak... sobs sobs.. T_T
***************************
Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. (Kerana) bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
An-Nisa' 4:32
No comments:
Post a Comment