Labels

Monday 12 February 2024

Tenang

"Polis masih menyiasat kejadian pembunuhan yang berlaku di Damansara Damai. Motif pembunuhan masih belum dikenal pasti sementara suspek utama...."

"Hish, siapalah yang bunuh anak-beranak tu dengan kejam. Dia tikam lepas tu kelar lagi. Aku tak paham betul.," kata seorang lelaki yang menghirup Kopi O di warung Pak Abu.

"Dia sumbat kemaluan bapak budak tu kat mulut budak  tu pulak tu. Dahlah rogol budak tu depan bapak dia, kejam betul," balas rakan semeja kopinya.

Masing-masing bersarapan di warung Pak Abu sementara menanti masa untuk ke laut. Panas pagi mula menggigit kulit tak diendah mereka. Berita malam tadi yang masih menjadi topik utama hingga ke hari ini lebih hangat dari gigitan mentari.

Karmila yang turut berada di warung Pak Abu itu menghirup nescafe tarik dengan tenang sambil matanya lepas memandang laut biru di hadapan warung. Dia tiba di Pekan Semporna itu lewat malam tadi.

Riak muka yang tenang itu sedang mengimbau kenangan bersama suaminya di situ. Masih dia ingat, 20 tahun yang lepas, mereka berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. 

Kata orang, Tasik Dayang Bunting di Langkawi mampu menggapai impian mereka. Tiga tahun kemudian mereka masih temui jalan buntu. Akhirnya mereka redha dan membuat keputusan untuk mengambil anak angkat. Prosedur mengambil anak angkat di Semporna lebih mudah daripada apa yang dijangka.

Saat bercuti di Pulau Mabul itu, mereka telah jatuh hati dengan Syiqin. Mata bundar berwarna hazel itu berjaya mencairkan hati mereka. Usai percutian yang membahagiakan, prosedur anak angkat juga selesai, Syiqin dibawa pulang ke Semenanjung.

Pertama kali membesarkan anak kecil berusia dua tahun, banyak perkara yang Karmila dan Samad pelajari. Dunia bertiga sebagai keluarga bahagia begitu indah buat mereka.

Karmila yang masih termenung di warung Pak Abu itu tersenyum mengenangkan telatah Syiqin si anak kecil pada waktu itu. Matanya tembus ke Laut Celebes sedang fikirannya masih melayang pada anak gadisnya yang kian membesar dan makin cantik.

Dia ingat lagi pada malam itu, pulang awal dari outstation untuk membuat kejutan pada keluarganya. Malangnya dia yang menerima kejutan tak diduga. Dia melangkah dengan senyap menyusup masuk ke kamar tidur dengan sebilah pisau di tangan sambil merenung tepat ke arah suaminya.

Lena diulit mimpi dengan tangan anak gadisnya masih melingkar di pinggang, Samad masih belum jaga untuk menyedari kelakuan isterinya itu. Dalam beberapa saat, darah memercik memenuhi ruang katil diselangi jeritan Syiqin anak gadis mereka pada setiap tikaman di dada ayahnya. 

Bingkas bangun cuba melarikan diri, nyata langkah Syiqin yang ketakutan itu amat kalut. Selimut yang membaluti tubuh yang tanpa seurat benang itu menyebabkan kaki Syiqin tersadung lalu jatuh. Maka dengan mudah Karmila menarik kaki anaknya itu sebelum mengelar leher Syiqin.

Menggelupur beberapa saat sebelum nyawa ditarik, Karmila berasa puas melihat dua bujur tubuh yang kaku itu. Bukan salah dia. Dia hanya membalas semula apa yang suami dan anaknya hadiahkan kepada Karmila sendiri tatkala pulang dari outstation. Kalau kau, kau boleh tahan ke melihat suami dan anak sendiri berselingkuh di depan mata? Bukan dia tak tahu selama ini, tapi sabar Karmila dah habis tahapnya.

Dia kembali melangkah ke tubuh kaku suaminya. Dendamnya masih ada. Dengan senyuman terukir di bibir, dia mengusap wajah suaminya. Dirapatkan wajahnya kepada wajah suaminya, kemudian dengan perlahan dia menekapkan telinga ke dada suaminya.

"Sayang, jantung sayang tak berdegup laa... Mana bunyi dia sayang?" Karmila bertanya dengan nada sarkastik. Dipandang wajah suaminya dengan penuh tanda tanya. 

Dia menekapkan lagi telinga ke dada suaminya. "Abang, mana bunyi jantung abang ni? Dulu dia berbunyi setiap kali abang dakap sayang. Mana bunyi dia ni?" Karmila mula merengek diikuti meraung sambil menumbuk-numbuk dada suaminya. Dia menangis semahu hatinya.

Bagaimanapun, tangisannya terhenti tatkala terpandang tubuh kaku anak gadisnya yang tanpa seurat benang itu. Marahnya membara kembali, dikerat alat sulit suaminya lalu disumbat ke dalam mulut anak gadis itu. Kemudian dipijak-pijaknya perut Syiqin sehingga puas, dibalas dengan tendangan bertalu-talu.

Ya, semuanya masih segar dalam ingatan Karmila akan peristiwa yang baru berlaku beberapa hari lepas. Polis baru memulakan siasatan. Barangkali bau mayat kedua-dua mangsa dah mula mengganggu jiran sedang Karmila tenang menghirup nescafe tarik menghadap Laut Celebes di Pekan Semporna itu.

Dia masih berkira-kira mahu teruskan hidup dengan melarikan diri, atau menyerah diri ke balai polis. Kedua-dua pilihan keputusan yang perlu dibuat tidak mampu mengubah apa-apa pun. Jiwanya telah mati pada saat perkara yang selama ini dia syaki dan dengari itu benar-benar berlaku di depan mata. Jiwanya mati diratah senario yang berlaku pada malam itu. Dia hanya mampu termenung dengan tenang disitu.

No comments:

Post a Comment