Di dalam sebuah hutan, terdapat seekor monyet dan sebatang pokok yang berkawan baik.
Monyet tersebut sangat sayang pada pokok tersebut. Setiap hari dia akan menyiram dan membaja pokok tersebut walaupun pokok tersebut enggan menerimanya.
Monyet tersebut juga mencari benih2 pokok baru dengan harapan pokok tersebut tidak kesunyian..
Hari berganti minggu dan bulan.. pokok tersebut semakin tinggi dan monyet terpaksa melompat lebih tinggi untuk mencapai standard pokok tersebut. Monyet sudah tidak dpt berborak seperti dahulu dengan pokok tersebut kerana terlalu penat melompat demi mencapai keinginan pokok yang semakin tinggi tersebut..
Pokok tersebut juga lebih selesa berborak dengan pokok2 lain yang sama2 membesar berbanding dengan monyet tadi.. pokok merasakan monyet tidak lagi berguna dan hanya menyusahkan ia kerana monyet sering mengadu keletihan untuk memanjat pokok yang tinggi..
Pada satu hari, monyet tersebut terlalu penat untuk melompat menyiram air dari atas daun pokok tersebut.. monyet tersebut tergelincir kerana licin memegang air yang dibawa, lalu jatuh mati dari atas pokok tersebut..
Malangnya, pokok tersebut langsung tidak menyedari kematian monyet tersebut kerana pokok tersebut telah terlalu tinggi di atas. Tambahan pula anak2 pokok lain yg disemai monyet tadi telah merimbun daunnya, menghalang pokok tersebut dari melihat kematian monyet itu.
The end.
No comments:
Post a Comment