Labels

Wednesday, 22 April 2020

Cinta

Cinta
Satu perasaan anugerah dari Tuhan
Dengan cinta kau rasa bahagia
Dengan cinta juga kau rasa derita

Cinta
Sifat dia bukan alkali mahupun asid
Yang boleh kau ujikaji dengan kertas litmus
Bukan juga arus elektrik yang punya penebat
Kau sendiri tidak mengerti bila cinta datang dan pergi

Cinta
Bukan seperti drama di kaca TV
Yang kau tahu kesudahan akhir cerita

Cinta itu satu yang ajaib
Yang kau rasa bahagia walau hadapi derita
Yang kau rasa benci tapi sayang
Yang kau rasa rindu walau terbuang

Aku bukan penyair
Dan kau juga bukan mengerti
Perasaan aku pada engkau
Yang buta dan tuli dari melihat
Keberadaan aku disisi
Kerana bukan jasadku secara harfiah untuk kau batasi
Tapi degup jantung ini yang berulang
Memaksa minda menulis nama engkau
Untuk berada dalam setiap detik waktu yang aku lalui hari-hari

Senyum aku, kau punya
Tangis aku, kau punya
Pandangan mata aku yang bahagia melihat sepasang mata milik kau, kau punya
Sungguh, aku tahu kita semua milik Tuhan
Aku tahu hati aku dan hati engkau juga milik Tuhan
Hanya Dia yang beri anugerah perasaan ini
Tapi anugerah yang Tuhan beri pada aku adalah dengan mengukir nama engkau pada jantung hati ini

No comments:

Post a Comment