Labels

Friday, 6 July 2018

Kebinasaan

Dan bila kau meletak diri ke dalam lubang kebinasaan..
Kau tahu kau takkan mampu lari ke mana..
Kau berada dalam lingkungan gelap..
Dan hanya ada dirimu sendiri..

Kau tahu kau mesti terus berjalan sendiri walau keliru dengan arah yang dituju..
Lain yang kau minta Tuhan,
Lain yang kau dapat..
Dan setiap kali ujian itu kau gagal untuk meluluskan diri..

Syurga atau neraka kau seperti tiada hati walau kau gerun murka Tuhan nanti..
Kau berjalan mencari hidayah Dia,
Dan masih lagi kau meletakkan diri ke lubang kebinasaan dalam perjalanan itu..
Kau mahu menyalahkan takdir sedang mungkin sahaja kau memang tidak layak begitu..
Kau fikir jalan redha Tuhan itu mudah??
Sudahnya bila diuji kau tersungkur..
Itu tanda kau manusia hina..
Hati kau dipegang oleh Dia..

No comments:

Post a Comment