Kadang-kadang
Atas sebab kelahiran engkau itu sendiri
Satu kesalahan
Kewujudan yang dipertikaikan
Mulut orang
Mereka menghukum bahawa engkau tidak patut wujud
Sehingga kau lahir hanya untuk dipersalahkan
Sedang nyawa kau masih ada atas alasan kasihan
Membesar dengan beban dan benci
Cuba bernafas dalam lumpur
Kau berjaya untuk hidup
Tapi kau bernafas untuk derhaka
Sedang derhaka itu bukan kau pinta
No comments:
Post a Comment