Badan aku menggigil. Entahlah.. Mak kata sebab belum makan.. Aku makan.. Dan kemudian masih menggigil lagi..
Rasa kosong di dalam badan..
Aku tahu, gastrik barangkali. Seperti biasa.. Maka aku cari sesuatu yang boleh mengalas perut dengan aman..
Masih lagi aku rasa kosong di dalam badan..
Dan akhirnya aku sedar, aku masih belum mampu menipu bukan hanya diri sendiri, tapi badan aku juga tak mampu aku tipu..
Aku pernah rasa badan menggigil seperti ni dulu.. Setelah kehilangan..
Dan kini aku melalui fasa yang sama.. Takut pada sebuah kehilangan.. Lagi..
Aku tahu badan aku menggigil bukan sebab perut aku kosong.. Tapi jantung aku yang kosong setelah kau pergi.. Badan aku menggigil kerana cuba menampung rasa rindu yang seakan mahu meletus keluar..
Kenapa aku tahu? Sebab rasa sakit di jantung itu melahirkan airmata yang tanpa aku fahami mengapa ia keluar.. Dengan mudah..
Dan dari situ, aku tahu, aku rindu pada kau.. Tapi takde siapa yang boleh tahu tentang ini..
Maka biarlah takde selera dan gastrik menjadi alasan untuk aku katakan kepada mereka sebagai asbab badan aku menggigil..
Sungguh, aku rindu pada kau..
No comments:
Post a Comment