Labels

Wednesday, 17 January 2018

Kabus

Perasaan dia bila kau berjalan ke arah masa depan tanpa hala tuju ni ibarat kau sedang melangkah ke dalam kabus tebal yang sendiri tak nampak mana jejak tanahnya..

Kau tak tahu mana kaki kau melangkah.. Mungkin selangkah kau ke depan kau jatuh ke gaung dalam.. Mungkin juga selangkah kau ke depan kau temui sungai yang penuh buaya kelaparan.. Kau tak tahu apa yang bakal berlaku dalam keadaan kau teraba-raba..

Mungkin kau hanya berkata tiada apa yang perlu dirisaukan.. Tapi dapat ke kau selami perasaan orang yang berjalan di dalam kabus tersebut??

Rasa takut, rasa sunyi, mahu menangis dan mahu keluar dari situ dengan cepat tapi tiada jalan melainkan terus melangkah.. Dan kau sendiri tak pasti langkah itu di mana akhirnya.. Bagaimana akhirnya.. Aku tidak mengerti bagaimana mahu mengungkap rasa yang dialami..

Mungkin hanya perlu sedikit sabar lagi.. Kerana Tuhan Maha Mengerti.. Aku tahu, Dia tidak akan pernah membiarkan aku seorang diri..

No comments:

Post a Comment