"Abes tu mak pikir orang memang jahat ke?? Memang ada niat nak bunuh along?" aku memekik dalam tangisan.
Suara aku hampir hilang. Tidak dipeduli lagi didikan agama tentang melarang anak menjerit kepada ibubapa. Hati aku lebih tersayat bila kenangkan mak mengatakan benci pada aku dan Laila tadi. Budak tu tak bersalah, kenapa mesti dia terlibat sama??
"Memang kau yang bunuh along kau!! Budak tak kenang budi. Entah-entah dengan aku-aku dengan bapak kau sekali kau nak tikam kann?" mak masih menuduh sebelum datang dengan wajah yang bengis sambil memegang batang mop di tangan. Aku tau, dia akan melibas aku dengan kayu tu.
Dan pagi itu sekali lagi aku terima habuan.
××××××××××××××××
Aku hanya mampu tersenyum melihat lebam di tangan hasil pukulan mak pagi tadi sambil menyidai kain basuhan. Dari jauh kelihatan abah sedang berbual dengan seorang Ustaz. Tanpa aku sedar, leka aku memerhati wajah ustaz tersebut, hingga sempat dia menghadiahkan sekuntum senyuman untuk aku.
Berkerut kening aku menerima senyuman itu, apa yang tak kena dengan aku?? Aku pakai tudung dah!! Ouh, baju aku lengan pendek. Nak buat macam mana, ini je aurat yang aku mampu tutup. Tshirt lengan panjang aku kebanyakannya mak amek buat kain lap dapur atau alas kaki depan jamban. Biarlah.
Masa aku tengah mengelamun tu, tiba-tiba aku dengar bunyi kecoh. Aku nampak abah sedang berlari ke arah keretanya. Melihatkan kereta abah, aku nampak Laila sedang leka melukis disana dengan berus air dan saki baki cat rumah raya lepas. Aduh, abes laa!! Apa je budak ni tahu bila akal kurang sempurna walau dah berusia tiga belas tahun.
Serta merta aku tinggalkan kain basuhan bila melihat abah dah mula memukul Laila dengan dahan pokok rambutan depan rumah. Berlari mendapatkan Laila, aku menghalang abah dari memukulnya.
"Ouh, kau nak bela sangat adik kau yang bingai ni?! Kau ingat kau tu bagus sangat?! Kau pun sama je.. Mampus lagi baik!!" ayah mengetap gigi sambil tangannya ligat melibas.
"Laila lari!!" hanya itu je kata-kata yang mampu keluar dari mulut aku. Sakit dilibas dengan dahan pokok rambutan tidak sesakit melihat Laila di lanyak mak dengan abah sendiri. Apalah budak kurang akal tu tahu. Kali ni, airmata aku menitis.
Aku nampak Laila lari, tapi tak jauh dari situ dia menangis menengokkan aku. Ustaz tadi cuba meleraikan pergelutan aku dengan abah. Sempat singgah penumbuk abah ke muka aku sebelum berjaya aku meloloskan diri.
Dengan berkaki ayam aku berlari ke arah Laila.
"Ikut akak, cepat!!" Laila tidak boleh dibentak. Aku cuba bercakap dengannya setenang mungkin.
Laila hanya mengikutku berlari. Ke arah mana, aku tak pasti lagi. Yang aku tahu, aku dengan Laila mesti keluar dari kampung ni. Kat kampung ni banyak kawan ayah. Nanti diorang hantar kitorang balik ke rumah.
Aku tak mahu lagi dah. Aku serik nak terima habuan lagi. Badan aku dah terlalu sakit. Hati aku dah terlalu remuk.
×××××××××××××××
No comments:
Post a Comment