Labels

Wednesday, 25 October 2017

Pelangi 4

Penat
Tapi pelangi itu juga yang kau kejar
Aku pesan jangan toleh
Kau toleh jugak..

Lelah
Pelangi yang kau kejar cuma tinggal bayang
Warna ia kian pudar
Seakan kabus mahu hilang

Luka
Parah menanggung pedih
Kau jatuh saat berlari
Darah mengalir tanpa simpati

Airmata
Kau harap tangis itu membasuh luka
Tapi makin dihimpit derita
Dan kau cuma mampu terduduk
Menangis dan terus menangis lagi..

Sayang
Kenapa kau toleh dan kejar pelangi tu lagi

Background music :
Lebih Sempurna by Syamel,
Better Man by Robbie Williams

No comments:

Post a Comment