Labels

Sunday, 1 October 2017

Langit

Langit bertanya pada diri,
"Kalau aku rindu kau, kau rindu aku balik tak?"
Soalan itu tidak berbunyi
Walau seringkali meniti di bibir
Tatkala dia melihat ombak dari jauh..

Langit bertanya lagi pada diri,
"Kalau aku sayang kau, kau sayang aku balik tak?"
Masih bisu
Soalan itu meniti dibibir tanpa berlagu..

Langit berbisik lagi,
"Kalaulah kau tahu rindu aku untuk kau, kalaulah kau tahu.."
Mahu sekali dia membisikkan itu pada ombak
Namun dia hanya mampu melihat ombak dari jauh
Dan berbisik pada hati
Sendiri...

No comments:

Post a Comment