Labels

Friday, 8 September 2017

Mengalah

Kadang-kadang
Kau fikir kau buat keputusan untuk masa depan
Tapi kau sedang melukakan masa silam

Kadang-kadang
Kau masih berdegil hati berkeras kepala
Tapi kau mengalah kerana memaafkan

Kadang-kadang
Kau tahu dengan mengalah bermakna kau akan berpijak untuk lemas
Tapi kau belajar berenang supaya kau boleh selamat sendiri

Kadang-kadang
Kau takut nak berdepan dengan kenyataan
Tapi kau cabar diri hadapi hakikat

Dan dengan itu
Moga kaki kau kuat untuk melangkah sendiri
Makanya kau akan lebih berani mengikut kata hati

No comments:

Post a Comment