Malam ni hujan lebat berserta angin.. Sudah tiga malam berturut-turut hujan lebat.
Aina memeluk erat tubuh di anjung rumah. Sweater biru nila diperkemaskan atas tubuh bagi mengurangkan sejuk yang menggigit tulang sumsum. Waktu malam hujan begini kebiasaannya dia berada di anjung rumah. Mata dia takkan pernah lelap jika hujan malam. Kopi O panas menemani dia.
Dia teringat dua malam lepas, pulang dari badminton, dia tersangkut di stesen minyak bersama Ayie. Hujan lebat mencurah bumi sedang mereka cuma menunggang motosikal. Mujur ada stesen minyak berdekatan. Usai parkir motor, mereka berdiri ditempat teduh.
"Nurul bagitahu kau apa lagi pasal aku?" tanya Ayie memecah kebisuan mereka..
"Takde ape.. Dia cuma cakap kau ajak dia tengok wayang." Aina sengih.
"Lagi?" soal Ayie.
"Tu je.. Baguslah dah ada progress antara korang.. Kiranya aku cupid yang berjaya.. Haha.. Aku doakan yang terbaik untuk korang." Aina masih senyum, tapi dalam hati dia terasa sayu.
"Perghh, sejuk bhai." suara Aina cuba melawan bunyi angin dan hujan lebat di stesen minyak itu.
Ayie yang bersandar di dinding terus berjalan ke depan Aina dan kemudian berpindah posisi ke sisi Aina.. Menghalang tempias hujan itu. Kemudian meneruskan tumpuannya pada telefon bimbit. Dia tidak sedar Aina memerhatikan gelagatnya.
Aina mendongak sedikit memandang Ayie dari sisi. Lama. Dia tidak sedar itu. Leka dengan telefon bimbit. Dia tidak sedar pandangan Aina yang sayu tu.
Malam ni hujan lagi, Aina menghela nafas panjang mengenangkan peristiwa itu.. Kenangan dengan Ayie silih berganti dalam memori Aina. Hujan masih lebat, dia menghirup lagi kopi panas.
Dia ingat lagi, mereka saling berbalas renungan di rumah Nazir bila Faiq was trying to be a cupid jugak untuk kawannya dengan Ayie. Lawa orangnya. Aina sebolehnya menyokong dalam masa yang sama cuba mempertahankan Nurul. Ye laa, Nurul kan kawan dia. Lagipun dia kan nak satukan Nurul dengan Ayie. Tapi dalam hati dia ada sedikit gusar dan sayu. Dia sendiri tidak faham mengapa.
Sekali lagi nafas ditarik dalam. Aina cuba menahan tangis. Hujan. Dia menghulurkan tangan menggapai air hujan yang jatuh dari bumbung.
Bodohnya aku. Bisik dia pada diri.
Dulu, Ayie pernah bertanya pada dia.
"Kenapa kau pilih adik aku? Sebab dia lagi hensem ea?"
Soalan tu Aina tak tahu nak jawab sebenarnya. Bukan kerana rupa, tapi sebab adik Ayie macam approach Aina. Ayie tak buat macam tu pun.. Dan memang Aina akui, masa tu dia memang crush dekat adik Ayie.
Tapi..
Ada satu perkara yang Aina nafikan. Dan dia tak bagitahu sesiapa.
Setiap kali dia pejam mata, wajah Ayie yang keluar dalam ruang minda. Bukan Fitrie adik Ayie. Dalam mimpi juga, Ayie yang mendominasi.
Hanya sekali Fitrie muncul dalam mimpi Aina. Dan dalam mimpi itu Aina ikut Ayie, bukan Fitrie walaupun dia berharap dia ikut Fitrie.
Tapi tu laa, semua tu Aina nafikan pada diri dia. Sebab bagi dia Ayie adalah kawan baik. Dia tak mahu lukakan Ayie.
Ya, kerana tak mahu Ayie terluka dan mahu Ayie bahagia, Aina berusaha satukan Ayie dengan Nurul, kawan baik Aina. It takes time tapi rasanya dah mula menampakkan hasil.
Cuma perkara paling bodoh Aina lakukan, dia sedar hasil tu terlewat sikit.. Tapi belum terlewat seperti dia benar-benar terlewat menyedari perasaan dia terhadap Ayie.
Masa dia tersedar perasaan dia terhadap Ayie, dia ajak Ayie kawen. Ok, itu sangat kelakar. Dia cakap kat Ayie, "Bro, kau tak yah cari awek lagi laa.. Kawen dengan aku je, senang citer.."
Mesej dia tak berbalas.
Kemudian, baru dia dapat update dari Nurul, Ayie ajak Nurul tengok wayang. Ohh, dah ada progress rupanya.. Ingat takde ape sebab sebelum ni senyap je..
Jadi Aina tumpang bahagia laa.. Doakan yang terbaik untuk mereka.. Mendengar celoteh Nurul. Aina senyum seperti biasa depan mereka. But her heart was torn and she was trying hardly to keep it.. Yet, her psychology skill is good enough to cover her facial expressions..
Sekali lagi airmata Aina jatuh bersama hujan malam ni. Dia terasa nak berlari di tengah hujan je. Mana bulan bintang malam ni?? Kenapa hujan lagi?? Hujan buat Aina teringat kat Ayie. Aina nak lupakan Ayie. Kenapa hujan lagi malam ni.. Dia menyeka airmata yang tak mahu berhenti.
Sebelum ni, mak, syaza, weda, liah, semua cakap pilih Ayie jangan pilih orang lain. Tapi Aina degil. Sekarang semua dah terlambat..
Tapi sebenarnya,
Sebenarnya dulu sebelum Aina suka dekat Fitrie, dia ada cakap dekat Ayie, if he does love someone, confess.. Tell her the truth.. Sebenarnya Aina ada letak harapan di situ.. Tapi sampai sudah Ayie takde cakap apa2. Tiba2 bila Aina suka Fitrie, Ayie tanya kenapa pilih adik dia.. Siap cakap kalau Aina frust, jangan cari dia. Okay, Aina faham. Sebab tu Aina tak cari dia..
Entahlah.. Sekarang semuanya dah terlambat.. Entah-entah Ayie memang tak pernah pun ada perasaan pada Aina.. Aina je yang berharap..
Tadi, Nurul mesej Aina. Nurul bagi update mereka tengok wayang bersama.. Tanpa sengaja terbagitahu sebab Aina serkap jarang.. Kalau tak, Nurul nak rahsiakan.
Macam biasa, Aina senyum dan bagi galakan pada Nurul dalam mesej tersebut. Tapi hakikatnya airmata dia berjujuran tanpa henti. Dia sendiri tak tahu kenapa.
Aina rasa nak gelak, tapi dia nangis. Bodohnya kann.. Tak tauu laa kenapa teruk sangat rasa frust yang bodoh ni.. Haha..
Tu yang tadi dia buat kopi dan duduk di anjung rumah.. Hujan turun lagi pulak.. Dia menangis lagi.
Sekarang, Aina dah penat menangis. Dah hampir dua minggu dia menangis setiap malam.. Maka sekarang dia cuma termenung melihat hujan yang hampir reda. Jam dinding rumah baru berdenting tiga kali beberapa minit yang lepas.
Aina tarik nafas dalam lagi. Airmata dah kering. Dia rasa keputusan untuk jatuh cinta itu adalah kesilapan. Walaupun bukan dia yang kawal hati tersebut, dia tetap merasakan perasaan itu satu kesilapan.
Dia tak sepatutnya memandang Ayie dari awal lagi. Dia sepatutnya tekadkan hati yang Ayie cuma kawan baik. Dengan cara itu dia takkan terluka. Ayie takkan terluka. Dan dia juga tak mahu Nurul terluka.
Dia kena terus senyum hadap Ayie dan Nurul. Dapatkan kerja di luar Malaysia dan tinggalkan semua ni. Dia kene melangkah ke depan dan takkan ulang kesilapan yang sama lagi.. Dia takkan tertipu dengan perasaan bernama cinta. Lagi.
Mood : hujan
Background sound : Penakut by Yuna
No comments:
Post a Comment