Merdekakah kita?
Aku, kau,
kita hidup dalam pemikiran tak sama,
selisih fahaman bertukar pendapat,
aku liberal, kau sekular, dia sosial..
merdekakah kita?
aku, kau,
kita hidup dalam pemikiran tak sama,
dengan itu penuh sengketa atau prejudis tiada?
mana satu, mana?
merdekakah kita?
aku, kau,
kita hidup dalam pemikiran tak sama,
sunni, syiah, wahabi, aswaja, salafi malah sufi,
saling sesat dan kafir sesama sendiri,
merdekakah kita?
aku, kau,
kita hidup dalam pemikiran tak sama,
aku melayu, kau cina, aku india, kau serani,
warna kulit kita tak sama,
kerana itu kita berbeza,
merdekakah kita?
Hey kau,
Aku bertanya,
Merdekakah kita?
Merdekakah kita dengan fikiran sempit untuk tidak bersatu kerana berbeza?
Merdekakah kita tidak mahu saling menghormati kerana berbeza?
Tuhan ciptakan setiap makhluk berbeza untuk saling mengenali,
untuk kau kaji dan pelajari,
bukan untuk kau bersengketa.
Merdekakah kita?
Ettirq Cresc
29/08/15
09:54
No comments:
Post a Comment