"Mir, kita tak yah jumpa lagi la buat masa ni. Kau pun kurangkan la mesej aku" wasap dari Pejal buat Amira blur.
Ape hal lagi la mamat ni..
"Ok" Amira membalas pendek.
Malas mau amek tau. Mesti Pejal ada masalah la tu..
"Wife aku tak senang dengan kau" kata Pejal.
"Baik." Amira masih membalas pendek.
Dia tertanya2 gak pasal apa.. tapi takkanlah nak tunjuk sgt yg dia nak taw kan..
"Maybe dia cemburu." Pejal bgtw letak duduk sebna.
"Pulak.." nak tersembul biji mata Amira baca wasap Pejal.
Jadah apa pulak la akak ni nak jeles kat aku. Kau lagi lawa dari aku kot.. kulit putih melepak. Laki kau punye syg giler kat kau, apa kau nak sume dia bagi.. apa lagi tak cukup kak?
Hai la kak, aku ni budak lagi kot. Laki kau tu da mcm abg aku. Tak leh ngam nye nak jadi laki aku.. haih, tak paham aku cmne pompuan pikir.. adoyai..
"Hati pompuan.. kau proceed je la project dgn Warisan Teguh tu. Draft n proposal sume aq da bg.. ko continue je.. aku settlekan project Mega SME.. gerak masing2."
Amira tak membalas..
Macam tak percaya dia terlibat dalam dunia konflik rumah tangga org.. dia dgn Pejal berurusan tentang keje je.. parah!!
Tapi mmg hak akak tu pun nak cemburu.. da tu laki dia kan. Orang kata cemburu tanda sayang..
Lantaklah.. malas aku nak pikir.. kalau aku ni lelaki kan bagus.. tak payah nak terlibat dgn sume ni.. nk wt ape sume dan gerak ke mana senang..
Kejap, Papa!!!
Harap apa yang aku fikir ni tak betul. Takleh jadi ni..
Amira bingkas bangun dari meja Cherita Vendeur. Cheesecake yang sedang dinikmatinya ditinggalkan begitu sahaja. Susah untuk lihat dia membazir begitu.
Usai membayar harga makanan, dia terus menyarung jaket sambil menuruni tangga menuju ke arah Ninja Kawasakinya. Dia tahu mana destinasi yang patut dituju.
No comments:
Post a Comment