Labels

Friday, 3 July 2015

Episod Lima

"Amir, awak ni, pakai muslimah dah. Tapi kenapa ya awak ni kasar? Nama pun guna nama lelaki." Cikgu Aliff bertanya.

Hoho, aku suka soalan kau cikgu..

Amira mengangkat keningnya mendengar soalan itu ketika menghirup teh panas di warung depan sekolah Aliah. Hari ni dia perlu ambil buku rekod anak sedara dia. Dia mula menyandar tegak dan berlunjur lurus kakinya.

"Cikgu rasa-rasa sebab apa cikgu?" Amira tersenyum.

"Maksud awak?" Cikgu Aliff bertanya kembali.

"Kenapa sy pakai tudung labuh ke kenapa saya kasar?" Masih kata soal.

"Ye laa, awak kan muslimah, mcm pelik laa tengok muslimah kasar." Akhirnya kata jawab dari Cikgu Aliff.

Amira tersenyum lagi. Dia menyandarkan siku kiri di kerusi sebelah.

"Cikgu tengok mak budak tu"

Amira mengunjuk pada seorang ibu yg memakai blouse paras punggung, berseluar jeans ketat dan bertudung syria pendek. Sedang memimpin anaknya masuk kereta.

Cikgu Aliff menoleh dan memerhati.

"Kenapa?" Dia bertanya.

"Cikgu rasa dia muslimah tak?" Amira bertanya.

"Entahlah, dia pakai tudung pendek kan, seluar pun ketat. Tak muslimah la kot." Cikgu Aliff yakin..

"Cikgu, muslimah tu bukan letak pada pakaian.. Cikgu seorang muslim, perkataan muslim untuk lelaki islam, muslimah pulak perkataan untuk wanita islam. Tak kira apa pakaian dia pun, dia tetap seorang islam. Cuma kesedaran untuk menutup aurat dengan sempurna tu masih belum terpahat kukuh dalam minda masyarakat. Agak2 salah siapa?" Amira akhiri dengan persoalan.

"Maksud awak?" Cikgu Aliff terangguk2 kepala mendengar kata2 Amira.

"Maksudnya, kita ni sendiri, da sampaikan ke konsep kepentingan menutup aurat dgn sempurna pada wanita2 keliling kita? Kalau setakat tahu dan buat kerana terpaksa je, tak cukup. Idea sebenar menutup aurat dan matlamatnya tak terpahat kukuh dalam minda masyarakat, sbb tu masyarakat kita amek sambil lewa. Semuanya berbalik kepada sikap, orang tu sendiri dan juga termasuk kita, sama ada kita peduli ke tak dengan sume tu.

Ada juga saya jumpa, jenis yang sopan santun, pkai tudung labuh, tapi rambut terjuntai di belakang. Ada juga yang pakai tudung labuh, saya bangun dari kerusi dalam tren sebab nak bagi laluan nyonya tua sebelah saya dapat duduk, tapi tempat tu direbut oleh wanita berpurdah.

Hello, come on, mcm saya ckp tadi, semuanya berbalik pada attitude diri masing2. Mcm mana nak sampaikan indahnya islam kalau gitu? Sama jugak muslimah bertudung pendek tadi, dia peduli ke tak syurga neraka, dosa pahala?

Semua bermula dengan ayat peduli ke tak? Kita tanya balik diri kita. Peduli ke tak kita dengan islam? Jgn asyik tengok orang je." Panjang lebar, harap jelas lah kan..

Entah apa yang aku merapu, tapi itu mende yang betul la kan..

"Abes tu, apa kena mengena awak bertudung labuh dengan awak bersikap kasar? Attitude awak mcm ni.. Dengan motor tu lagi."

Amira tersengih.

"Cikgu, dulu saya pun macam mereka, bertudung asal boleh je, janji rasa menutup aurat. Bukan tak tau konsep tutup aurat tu tang mana, tapi tak amek peduli. Hingga satu hari, Allah bagi saya sikit ujian, buat saya tersedar. Kemudian, dengar ceramah ustaz Don pasal melabuhkan tudung hingga bawah dada. Buat saya terfikir. Peduli tak saya tentang apa yang Allah suruh selama ni. Peduli tak saya dengan apa yang Rasulullah ajar selama ni. Tentang motor saya, orang kata pompuan tak sopan naik terkangkang-kangkang. Zaman Rasulullah dulu kendaraan cuma haiwan tunggangan. Agak2 wanita naik tak kenderaan tu?" Tanya Amira lagi.

"Naik la kot." Balas Cikgu Aliff.

"Pernah dengar tak romantiknya Rasullullah membenarkan lututnya dipijak oleh isteri untuk menaiki kenderaan? Kalau tak silap sy laa, lebih kurang cmtu la citer dia.. Maknanya wanita pun naik kenderaan itu kan.. agak2 boleh relate tak dengan naik motor ni?" Masih dengan soalan.

"Ok, tentang perangai kasar awak pulak?" Lama cikgu Aliff terdiam sebelum keluar dengan soalan ini pulak.

"Tang mana cikgu tengok saya kasar tu cikgu?"

***********************************

"Rasulullah duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu Safiyyah isteri baginda meletakkan kaki di atas lutut Rasullah itu untuk menaiki unta tersebut. (Riwayat Bukhari & Muslim)

No comments:

Post a Comment